20 tahun lalu...
seorang gadis lepas SPM, tak minat belajar atas sebab2 hanya dia saja yang tahu. maka dia memulakan kerja sebagai pembantu dapur di sebuah hotel. bersama pangkat paling bawah sekali. kerjanya? kupas bawang, kopek tiram dll...
seorang makcik yang sudah lama bekerja di hotel tersebut beri nasihat..
"nak, anak muda lagi, sambunglah belajar, selagi awak muda, awak masih mampu kejar cita2 awak, kalau makcik muda macam awak, makcik sambung belajar lagi. kerja di dapur tak menjanjikan apa2... "
berkat nasihat mak itu... gadis tersebut ambil semula SPMnya.
kemudian menyambung diplomanya..
kemudian ijazahnya...
kemudian masternya...
kemudian kini, sedang melanjutkan phD nya...
dalam bidang perhotelan.
kini gadis pembantu dapur hotel, sudah menjadi pensyarah hotel and catering (hotcat) di Uitm Shah Alam.
gadis itu ialah anak kepada jiran terbaikku sebelah rumah lama dahulu.
15 tahun lalu...
seorang kanak2 lelaki usia ralit memerhatikan beberapa orang pekerja Al*m Flor* membersihkan tangki septik di rumahnya yang terletak di dalam sebuah taman perumahan.
salah seorang pakcik tersenyum memandang budak lelaki yang sedang ralit itu.
"adik.. dah besar nanti jangan jadi macam pakcik ya.. hari2 keje baju bau busuk, bersihkan benda kotor.. belajar rajin2 tau.. jangan jadik macam pakcik.."
kanak2 lelaki itu membesar. ya, dia bukan kategori pelajar cemerlang, jauh sekali berjela2 A dalam UPSR, PMR, SPM... dia hanya lulusan ILP Sagil di Johor saja. namun alhamdulillah, dia punya kerjaya yang sangat promising dan banyak membantu keluarga selepas mula bekerja di sana.
kanak2 lelaki itu ialah adik ku.
soalan: kalau aku tanya kamu, siapa makcik pembantu dapur tuh? siapa pakcik pencuci tangki septik rumah orang tuh?
jawapan: semua tak kenal. kalau ditanya pada gadis yang bakal punya phD dan kanak2 lelaki yang baik kerjayanya itu, mereka pon sudah lupa siapa makcik dan pakcik itu.
tapi aku masih ingat, kerana aku berada disana ketika makcik dan pakcik itu menyampaikan nasihat mereka.
hidup ini terkadang sangat membuatkan aku teruja. ada sikap manusia sukar difahami, ada yang pemberi, ada macam2...
selamat tahun baru, kawan. apa azam kamu? ;)
.
5 comments:
aku suka n3 ni...
azam aku??
setiap hr aku berazam tapi kdg tu aku tgk je azam aku berlalu camtu jek...
keji kan hahaha...
tp tetap berazam gak hari2...ada masa success ada masa kita jumpa esok la ek muahaha
ahahaha! aku suka komen ko yang nih kakak..
sama laa.. aku tak penah berazam kecuali "sesetengah perkara" jer yg azamnyer tetiap tahun aim, tapi nak capainyer macam HAZABBAR ya Tuhan! contoh paling comel ialah...
"nak kuwos"
hahaha!
azam tu selalu la tp biasanya tak pernah menjadi..hahaha
mariah
.. hahaha! sangat betul~
azam aku...utk hari2 mendatang. nak buat terbaik dr yang semlm.
Post a Comment