Nuffnang

Monday, December 30, 2013

rumah tepi sawah itu

rumah banglo setingkat tapi besar tuh baru 6 bulan siap dan terima ahli. orang seremban atau ntah dri mana. suaminya orang TNB. isteri plak tak pasti keje apa.

walau baru 6 bulan, tapi rumah tuh dah buat kenduri kawen. open house raya bru ni pon pasang khemah.

minggu lepas, ada makcik rewang2 bgtau makji saya. rumah tu dh nak dijual. sebab isterinya tak mahu duduk dah. takut.

hantu ke? sy tanya makji. haha. tipikal malay.

bukan, tapi sebelum raya kelmarin rumahnya dh dimasuki pencuri seramai 4 orang. ahli keluarga semua kena ikat.

sayangnya, getus saya. sebab rumah tu lawa sangat. tepian sawah. bila lalu wajib memandang sampai sudah. cumanya.. jarak dari gate besar.. nak ke parking rumah.. dekat 200 meter. dan rupanya.. gate besar dan lawa cuma cover bahagian depan rumah.

bahagian belakang (dapur).. elok je mereka buat open concept.. mungkin nak menikmati pemandangan sawah nan terbentang.





12 comments:

t.a.t.a said...

rumah tepi sawah? tak mendap ke tanah?

||alis|| said...

cikta

ok, bukan tepi sawah, tapi tengah sawah, hihi. tak mendap, sebab tambak dengan Tanah merah 100 kali lori.

t.a.t.a said...

mak aih. 100x lori. memang banyak giler duit dia eh?

julietchun said...

trauma tu lambat nak hilang.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Faham perasaan tuh.. sebab ada kawan aku pun pernah kena ikat.. sampai kena ugut nak rogol bini dia.. anak bini dia semua trauma.. esok tuh terus pindah rumah.. pasang cctv n alarm..

Itulah masalah ye bila plan buat rumah kat kg.. buat besar sikit jek.. mesti jadi target org nak merompak..

||alis|| said...

cikta

satu lori rm80. Tanah merah. yg tak best psal Tanah merah ni ialah bila Tanah dia x berkhasit sangat. macam kat rumah aku ni, Tanah pisang semedang jelantah saja. pisang nipah je boleh tanam. pokok2 buah lain sume out.

||alis|| said...

miss j

memang. keliling rumah saya ni sume dah penah kena masuk orang. rumah saya ni satu jalan je. kalau takde hal, mmg susah org luar nak intai. (tapi dawai mata punai tuh dh 2 kali dh kena potong)

||alis|| said...

kak iina

alamak, smpai nak kena rogol tuh mmg 100% trauma la kak~ gulp.

rumah aku yg baru dapat tau kena potong dawai mata punai pon, malam yg 1st kul 3 pagi aku berjalan hall-dapur 3-4kali sambil bawak parang panjang, huhu~

t.a.t.a said...

satu lori 80? ini lori kereta tolak tu ke, lori tanah merah yang besar tu?

||alis|| said...

cikta

aku kurang faham maksud "lori kereta tolak" ko tuh. err.. lori Tanah merah yg besar tu la kan. yg lebih kurang 6-8 tayar.

bukan lori 4 tayar tu la yg pasti, haha~

t.a.t.a said...

kereta sorong. lori tanah 6-8 tayar RM80? murah nya? negeri mana ni?

||alis|| said...

melaka beb. rm80 ialah harga kasih sayang. mcm aku, pakcik. yg jiran, mybe sedara dia. kawan aku menambak tapak rumah pon selori dpt lagi rm80. abang dia supply. heh.

harga biasa rm120.. seingat2 lupa aku.