Nuffnang

Tuesday, December 2, 2008

Andaikan aku ada tanah sekangkang tapir (besar skettt dari sekangkang kera), Aku beli tanah tuh dulu dari Zack, sebab masa tuh dia agent tanah, baru nak hidup, tak tahu *tendang terajang dunia hartanah nih *contoh.

Aku tgk tanah tuh terbiar… lalang, rumput, cendawan liar, pokok senduduk putih, ungu, serta pokok durian yg dah nak tumbang serta pokok durian belanda pon ada dalam 2-3 batang.. tapi aku tahu DALAM tanah tuh, walaupun aku tak check, kelak akan ade bertimbun emas, permata, nilam sari, zamrud, intan *and bla..bla….

Tak ape la, aku beli gak tanah tuh, sebab KESIAN BENAR kat zack ni ha… org yg teruja nak buat bisness baru nih, kita kena support. Tak gituh? Ok laa.. aku beli gak, pasal kesian, bukan sebab aku nak majukan tanah tuh pon, aku biarkan je tanah tuh ngan lalang panjang galah… biarkan laa.. sebab aku ada TANAH YANG LAGI BESAR DAN MAMPU BAGI AKU KEUNTUNGAN JANGKA PANJANG SATU HARI NANTI.. *hehehe…

Selang berapa tahun kemudian, Zack, agent yg sama yg kini nak beli semula tanah tuh. Sebab dia baru tahu berapa NILAI SEBENAR TANAH YG DIA JUAL KAT AKU TUH… tapi, dengan nilai yg lagi rendah dari harga aku beli dulu.


Awal2 Diskaun 70% nok… aku tak letak harga lagi nih, dia yg bukak offer. Tuh aku belum counter offer lagi tuh… aku beli tanah tuh ngan harga rm25,600 jer dulu*kaya tak aku, hahaha~ sekarang dia nak beli ngan harga rm5,000 SAHAJA. Tanah tuh aku tak buat apa langsung, static cam tuh jer, aku tak pindahkan pi negeri sabah pon, walau aku kini di melaka.

Sebab dia ingat aku tak tahu NILAI SEMASA tanah tuh. Dia ingat aku bodoh!


-kami.tak.bodoh-

No comments: