Nuffnang

Tuesday, December 2, 2008

MLM

Bukan malam.
Multi Level Marketing. Yup. pandai pon kau..
Ko sebut apa brand aku tak penah masuk, yang tak penah merasa.
Dari A-Z, Avon ke Zhulian, dan brand2 diantara mereka. Benda nih start since aku Uni lagi.

Luxor. Masa tuh luxor masuk Uni. Mmg hot masa tuh. Aku just dengar n lihat dari jauh.
Sah2 aku bukan dari golongan yg gemar kumpulkan duit org, untuk beli certain product, n mati kat situ kalau org tuh tak gerak, burn duit, sakit hati, sakit jiwa~
Alih2 kawan aku, ridwan, budak deg marketing merangkap koop-mate aku join, dia saiko, ok, done. Aku join. Kawan punya pasal. Ni kes tak rapat, aku kira cam nak tolong dia la, by jadi downline dia, * bodoh ke pandai?

Aku bilang, kalau 1.5k aku ni hilang, aku redha. Sebulan after that, yup, mmg aku benar2 redha~ 1.k aku terbang melayang…. Wan plak hantar barang2 short 500. means aku rugi 500 lagik! Bukan untung. Melayang duit PTPTN aku cam tuh jerr… masa tuh plak cuti sem, wan last sem masa tuh. *imagine, celah mana aku nak carik dia. Phone number pon awek dia jawab “talian ini telah ditamatkan perkhidmatannye..” tutttt…. Siputsedut btol~

Then, bile aku dah keje, lagiiiiiiii macammmmmmmmm99x MLM yg jumpa aku. Korang tau, hidup aku dikelilingi oleh teman rapat yg join MLM nih. Pening maa.. tak join, kawan, join, aku plak yg kena.

Dr S, aku beli tapis air ni kurang singgit jadik 2k dari 1mamat nih, mamat nih masa dulu, jumpa aku tundukkkk je manjanggggg... siapa mamat nih? Dia ABANG kandung my bestest friend. Ko bayangkan. Semata2 sayangkan rm2k tuh, aku hilang friendship selama 11thn kelak if aku tak beli. Bengang x bengang? Kelam kabut hidup masa tuh maa… Bayar CASH lagik… sekali abang dia dapat rm900+ sebab close 1cash ngan aku.

e-D, gelang magnet nih satu hal, demi ALLAH aku beli gelang nih sebab aku kesian kat MY BESTEST MALE FRIEND~, demi nak tgk dia berjaya dlm jual2 gelang nih, or senang citer, nak bagi moral support la, walaupun berhempas pulas dia presentation kat adik aku ke ‘bagus’ an gelang tuh, (sumpah adik aku ckp tak rase apa beza pon! cit) , tapi, takpe, aku tutup mata, kuarkan duit, aku masuk, nah rm256, amek, aku beli gelang nih, then moment paling indah, aku nampak mata dia BERSINAR masa bagi resit pembelian, berjaya gak dia jual gelang nih kat aku, hoho!


Then hadiah kat adik lelaki aku atas bday dia 2hari after that *note: masa tuh aku kaya lagi, hoho~ then aku tak boleh nak komit dengan benda2 nih, btw mmg aku tak penah jual 1 pon, aku malas n geli ngan MLM nih sebenarnya, dia ckp, ok, find, jual akaun kau kat aku, dia bagi tahu aku 4-5 bulan lepas, aku tanyer berapa ko nak jual? Rm50. masa tuh buntang mata aku.

Ko tau sebab ape? Sebab akaun gelang aku sekarang nilai dia ialah Rm40,000 kau! Dia sendiri yang bagitau aku nilai akaun aku nih. Aku tak amek port. Buntang tak mata kau~? Kalau aku dapat carik 1manusia je yg boleh beli gelang dengan nilai rm1,700 (yg mmg sah2 aku takkan carik), aku dapat rm1800+, untuk seorang sahaja. Sebelah aku, kawan dia, dah kumpul 200akaun. (nih perkiraan latest dia tunjuk kat aku.. mggu lepas.), 200x30 berapa bai… tuh tak masuk pair2 lagi tuh… kalau 2-3 bulan lepas nilai dia rm40,000, sekarang korang agak2 nilai dia dah jadik berapa- mahu dekat 50,000-55,000…

Masalah prob derang nih ialah… derang tak tahu apa yg aku tahu.. aku ade spy, intip apa derang buat belakang aku, ceh, pandai sgt la tuh kan…

Hari nih, sebab bengang, dia call, ckp nak beli akaun aku, tapi rm50 tuh dia tak bagi, jadik hal company, hello… I wasn’t born yesterday ok….

Aku andaikan aku mmg tak brapa bijak la kan dlm nak rayu2 duit org 1,700 semata2 nak beli gelang poyo bodo cam tuh (adik aku pun dah tak pakai lagik dah.. melainkan kalau dia naik laut jer, tuh pun semata2 nak tunjuk kat mamat2 sana yg jadik tukang jual gelang/brand yg sama yg dengan mengatakan, “weh, aku pon dah beli 1gelang cam yg korang jual tuh…”), tapi aku bijak nilai apa yg ada ‘dalam’ akaun aku tuh.

aku.takkan.jual.kawan.aku

2 comments:

gelang magnet said...

eh maaf saya kira ada artikel gelang magnet silahkan kunjungi situs kami bila berminat
dengan gelang magnet di www.gelangmagnet.net

||alis|| said...

encik/puan/cik gelang magnet:

tak pe, terima kaseh. i think i had it enough. thanks ya~