Nuffnang

Sunday, February 1, 2009

roller coster potato

Kentang Putar ( ala KFC)


Bahan-bahan ( 10 biji kentang )
10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
1 sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa


Cara-cara
Rebus kentang dgn sedikit garam
Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.

Sos kentang putar (rasa macam kfc la…)
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam


Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.
Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.
Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat
(kicap utk bagi warna).
Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


jarak.kosta.merah
Anak-anak pasti suka. Tak perlu ke KFC lagi, jimat duit….!

4 comments:

Tijah said...

Anak-anak pasti suka. Tak perlu ke KFC lagi, jimat duit...

wah! ko buat iklan cam kementerian kesihatan bunyi eh! wakakaka...

||alis|| said...

kak jah: ko nih kak, aku nak berangan jadik model jap pon tak boley ka... btw, itu kopipes dari email, bukan hasil tgn gua yer~ hehehe..

Ungku Nor said...

haa..anjib mang giler makan bende nih.

TIJAH!! ko buek an ntuk den barang sebokeh.
dah siap nanti rojer den, den pi amek..ahakss

salam ALIS..
baru hari ni sempat singgah rumah awak ni haa..;D

||alis|| said...

kak nor: baru singgah? takpe, no hal. man-man.
anjib suka? alis pon suka! ingatlah, KALORI TIDAK KENAL SESIAPA.. :)

kak jah: haa.. sila baca arahan bertulis kak nor tuh. hehehe...