Nuffnang

Wednesday, April 15, 2009

resepi pizza (dll) untuk wanita sejati...


ni pizza 2nd last buat waktu di Ipoh, rumah mama angkat, end 2007.

gambar sebelum masak.

belakang: pizza sosej campur, depan: pizza ngan ayam kunyit.

rupe pizza sosej lepas dah masak...


resepi roti pizza
2 cawan tepung gandum
1paket serbuk roti Mauripan
2 buttercup @ apa jenis marjerin (dicairkan)
2 sudu kecil gula
2 sudu besar mayonis
air (sekadar menyatukan semua bahan)

cecara buat roti:
-adun semua dalam satu mangkuk, adun hingga sebati.
-tutup mangkuk tersebut ngan kain lembab.
-rehatkan kira2 30min.

bahan sos:
segala sos yg rasa best pada kamu (cam saya: sos cili, tomato, black paper). then gaul ngan mayonis... kacau2.. letak tepi, dah jgn gatal2 nak kaco2 lagi sos tuh.

bahan topping:
kepingan cheese (sy suka guna cheese sandwich.. nak letak cis moza-mak-tak-rela pon oke gaks)
sosej ayam/daging Ramlee. (saya prefer ayam pasal sosj daging tak bleh mkn bebnyk)
cendawan dalam tin
cili benggala yg berkalerful. (tahukah anda: cili benggala ada 12kaler sebenarnya..)
hirisan tomato
p/s: semua bahan topping dihiris sederhana nipis.


CARA BUAT PIZZA:
1- preheatkan oven, kepanasan oven adjust sendiri.
2- memula amek adunan tepung tadi, tekan2 atas tray pizza. kalau rajin, rolling-pin kan ia, tapi kalau tekan pon sama jer hasil dia, kembali ke dalam perut.. hehehe..
3- cucuk2kan adunan yg dah siap dibentangkan atas tray tuh ngan garfu, ini untuk mengelakkan roti tadi 'naik dan kembung'.
4- masukkan tray dalam oven. separuh-masakkan roti dulu dlm 15-20min.
5- lepas roti separuh masak, kuarkan semula, then curahkan sos sesedap rasa, kalau masa nih roti tuh kembung lagi, cucuk2 jer ngan garfu lagi, jgn risau, roti tuh takkan buta :D
6- letakkan bahan topping... nak lawa, susun2kan sket topping kasi lawa, tekak nak makan, mata pon nak makan :)
7- nak letak sos lagi boleh, tak letak pon takpe, pastuh taburkan hirisan cheese. then bakar balik dalam 15min, atau hingga cheese cairrrr..... opt: tabur serbuk black paper..
8-santap la begitu saja, atau cicah sos cili.

*psstt.. kalau ada sambal goreng lebih, memula taruk mayonis, then letak sambal goreng+cis, then bakar cam biasa.. sedap wehh... *pizza sambal goreng.


selingan: cara nak buat mayonis sendiri
(tahan lebih 2mggu kalau masuk dlm esbox, dgn gunakan sudu kering)
bahan2:
1 biji telur ayam
setengah cawan minyak masak (lagi mahal minyak masak tuh, lagi baik, eg: EVOO)
1 biji perahan limau sambal (atau perahan lemon, limau nipis, any sitric acid)
* kalau nak pedas, tambah serbuk paprika.
cara buat:
masukkan telur ayam, air perahan limau (dan serbuk paprika pada sapa yg nak pedas) dlm blender.. then putar, sambil putar, masukkan minyak masak hingga puan2 rasa oke ngan kepekatan mayonis itu. siap!
(rasanya cam mayo beli, caya laa ckp saya.... :D)




10 comments:

Tijah said...

putar...putar abg har!!!!
wang besar! wang besarrrr!!!

Hajar said...

salam...akak selalu guna keju cek-dah...hihihi

Hajar said...

Salam sekali lagi...serbuk roti mauripan tu yis ke atau memang serbuk roti, akak tingin nak buat ni alis...ngalah mak buyung tinginnya...

||alis|| said...

kakjah: siut la ko kak, ko tau kan BM aku kepujian nak hampir ke lulus, hohoo!!!

kakhajar: salam kak... saya buat masa nih amalkan konsep "jimat ekonomi negara selamat", hahahaha!

||alis|| said...

kakhajar: salam lagi, takpe, salam bnyak kali pon bagus apa :D.
Mauripan tuh kandungan yis dia tinggi.. tapi akak nak guna apa brand yis pon boleh :). *patutnya resepi nih sume masuk dlm 'DapurGas' kiter kan, silap belog daa..

Ms.Lilies said...

walla......akan ku terai nnt dik...macihhhhhhhhhh

errr...kalo x jadi akak ckp ko salah aci x???

||alis|| said...

kaklilies: ahehehe... ko buat trial n error dulu bleh kak??? buat sekali suap jer dulu..hihihii~

Izan said...

kenapala saya ni kalau bab masak memasak mmg malas. kalau bab makan mmg rajin. =)

Monkey D Luffy said...

aku nak ko jd tukang masak aku....

hai org gajiku...

:)

||alis|| said...

zali: boleh, bisa... aku time lap tombol pintu sultan brunei dia bagi USD1,000/mth. lap jer tau, kilat keje org lain... ko boleh bagi berapa?