bukan senang aku nak terima bahawasanya hari ini; bekas bakal aku nak kawen. 10.30 pagi nih kejap lagik nak akad...
kami tak bercinta dan kami jugak tak declare. EH KENAPA BUNYIK CAM LAGU WONDERPETS NIH HA~
kronologi hubungan sangat panjang; tapi aku pendekkan.
-aku yg nak kawan ngan dia, pasal dia iras rupa arwah kesayangan aku, dopblas tahun lepas. lagi satu aku kesian sebab 1st time jumpa dia, sume ckp muka dia muka samseng, muka baran, so bile meeting, dia selalu duduk sengsorang, dan tiada teman borak. aku cepat kesian.
-kami sealiran. UT. awal2 start dulu, orang lain pairing ikut jantina, kami jer dorang lawan jantina, ntah, sebab upline tgk kami serasi, kot. mmg serasi sangat. dia pon tak ramai kawan. n tak reti nak feeling2 nih.
-kami banyak buat kerjasama camner nak buat sistem UT yg baru. ke hulur ke hilir atas nama kerja. sampai laaa kami kena gossip "eh lu orang ada apa2 eh..." sambil senyum aku jawab, tak ada. aku taknak ada hubungan lain selain teman sekerja bersama dia. takut boleh jadik tak baik kemudian hari. sebab aku ngan dia nih panas skett, hari2 bertekak pasal keje, tapi esok baik balik, hahaha! suka ati kan nak bertekak... 2 tahun aku kerjasama ngan dia.
-turning point dia? bila aku start tahu yg dia penah depressed selama setahun pasal ayah dia meninggal dunia masa usia dia 11 thn. setahun tak kuar rumah, tak berkawan, tak bercampur orang, aku jatuh kesian, sebab tak tahu dia selama ini mmg sarat rindu sama arwah ayah dia. dia tak pernah citer, org lain citer kat aku.
-dan seminggu sebelum puasa 2008, aku tanya dia kat mana, dia jawab tgh bersihkan kubur arwah ayah dia. tetibe aku kata aku nak ikut kemas sekali.. dia jawab "meh laa, temankan aku.." senyum. parah. gile apa? perjumpaan ngan bakal ayah mertua (kini bekas) di tanah perkuburan. tapi bila logik atasi mimpi, aku cakap "takpe laa..", nak mati, tak pernah seumur hidup dating, alih2 org jumpa aku dating atas tanah kubur?????? hahaha! lagi satu aku fikir, tak manis, dia bukan mahram aku, dan sebaliknya.
-turning point yg kedua, dia terbabit ngan satu kes polis. orang aniaya dia. aku mmg tahu dia tak salah, sebab tuh aku berani berdiri belakang dia. during time2 genting start polis siasat dia, masuk balai keluar balai, aku ada. dia telepon tengah2 malam, aku ada. dia mengadu nasib dia kat aku, aku jadik tukang dengar. dia merintih, tanya aku "kenapa org aniaya aku sampai camnih sekali, lis...", hati gua masa tuh rasa disiat2 beb!
-meeting yg ke brapa aku dah lupa, aku bawak ex officemate aku sekali. pendek cerita, dia tanya aku, "lis, sapa nama kawan ko tuh?" aku sedar, aku bukannya lahir semalam, obvious dia berminat ngan ex opis mate aku tuh.
-aku jalankan. yup, aku pujuk hati kata, tak apa laa.. maybe nih jodoh dia. tuhan utus aku jadik orang tengah mereka. so, aku risik S, tanya dia dah ada yg punya ke blom. S jawab, tiada. tapi dah 2 org datang rumah risik dia, orang pegawai kerajaan, sorg engineer, tapi dia blom mahu. masa nih, kawan aku nih plak keje tak tetap lagi nih, lepas dia kena sacked dari UT (giler ooo dia punya sales dah cecah rm1.2 juta org bleh aniaya dia, terus lesen burn...)
-pemula hubungan kawan aku ngan S, tak jalan ngan lancar, smpai dia putus asa. dia mengadu kat aku, sampai dia ckp "lis senang2 aku bercinta ngan ko jer laa, nak dapat S ni bukan main susah lagik!", aku suka, aku melompat dlm hati. tapi aku jawab "weh, apa putus asa nih, sedangkan kapal terbang pon org bleh hijek, nih kan plak S yg kecik tuh.."
-akibat ayat aku tuh, dan sikap tak putus asa dia, akhirnya, hari ini, mereka bakal sah suami isteri.
-yg buat aku sedih, terjadik satu salah faham, apa hantu yg rasuk dia sampai dia bagitau aku "ada kawan cam ko nih laa yg menyusahkan aku tau!" terduduk aku! terkejut. terus teringat apa yg kami lakukan sama2 demi karier dulu, bagaimana aku ada kat seblah dia waktu dia susah hati, bagaimana aku ada tiap kali aku dipanggil dia, apa situasi, no matter what. penghujung dec 2008. mmg celaka aku rasa waktu tuh.
sejak dia bagitau niat dia nak bertunang march 08 lagik, hidup aku dah cam blur. semalam, setelah hampir 5 bulan tak contact aku, sms dihantar, "lis, jemput datang rumah aku ahad nih, jemput eh.." tuh sahaja!
aku terdiam.
kalau ko fikirkan aku 1-1nya kawan ko selama 2 tahun nih yg ko ada, ko takkan hantar sms jer buat jemputan kawen ko kat aku...
kalau ko tak fikirkan aku nih orang yg jumpakan ko ngan S, ko takkan dare hantar sms tuh kat aku.
aku tak mintak banyak weh, cukup ko ingat apa yg kita lalui sama2 sebagai kelik selama 2thn nih... enuf bagi aku. aku rasa, ko takut nak jumpa aku, takut nak berdepan ngan aku. you dont dare to face me, after apa yg terjadik, after apa yg ko cakap kat aku. S masih lagi sahabat baik aku ;). cuma lepas nih, korang dah jadik suami isteri. aku jugak yg telan pahit nih sorg2..
kan?
takpe laa.. aku pujuk hati aku.
"Fahri" aku kan masih ada *wink wink* ;P
12 comments:
anim tau kakak anim ni kuat...
lebiu kakak!
sabar dear...insyaallah satu hari nanti u akan dapat yg lebih baik...
sabar... tuhan sentiasa memberi yang terbaik untuk kita... jadi dia tu tak terbaik untuk awak..... dan tak sesuai untuk awak.... sabar k.
anim: hampir2 blur n patah semangat jap tadik. lepas timbang tara, akak decide tak pi, takmo lagi parah dok ingat2.. ;)
cikna: tengs cik na ;)
haruantasek: tengs atas doa n nasihat. saya ambil masa nak redha sampai tahap nih...
jgn nangis2 yek....ko still ada kami2 yg bermulut kepoh hehehe...kalau dia betul2 kawan ko yg sejati dik, dia xkan buat ko camni....sekurg2nya sblm kawin dia dah carik ko mintak maap....
Tuhan tu adil...Dia nak bg yg terbaik utk ko...chill bebeh
Mmm sedihnya..
tapi memang betul, tuhan nak beri yang terbaik pada kamu.. Fikirkanlah jika lelaki sebegitu masih bersamamu..
Wallahualam.. maafkan kalau terguris hati..
sedihnya pengalaman ni
kuatnya kakak..
semoga kakak dapat jodoh yang baik..
susah bawa pengalaman
kakmimi: akak, huawaaaaa!!!!!!! ;/
naqib: terus decide nak jadik ur follower once sy baca bout girl yg nangis baca majalah dlm public transport tuh ;). mmg, setelah habis pikir tuh yg saya jumpakan mereka berdua ;), dia bleh terima ckp S.
zali: ko bayangkan kalau laa lelaki2 bleh dimadukan? hahahaha!
qishie: makaseh atas doamu doktor kecik ;P
joe: yup, jenis susah nak lepaskan pengalaman & kenangan.
alis mmg tabah... macm yg alis slalu ckp... fahri kan ade...so... lupekanje kisah pahit dulu tuh...
cikpah: makaseh bangat cikpah.. ;)
Post a Comment