"selamat hari ibu" hari rasmi hari ibu ialah pada 10 May tiap tahun.
tapi tak kisah laa hari apa pon, yg penting, hari hari aku ialah bersama ibu :)
itu yg paling penting.
sebagai anak..
aku pernah menitiskan air mata dia; bila dia terasa nak kecik hati ngan aku...
dia gak penah nangis (bukan depan aku, tapi ada org lain gitau),
pasal risau aku tak kawen2 lagik;
juga penah buat dia kecik hati;
pasal aku takmau jumpa blinddate yg dia aturkan;
berhari2 dia pujuk soh jumpa, aku tetap batu, tak mau pi,
yer la dah takmau, kena paksa.... mana laa aku nak kan?
betol tak kakjah????
*tapi bile ayah aku ckp SEKALI jer, aku terus pi, ahahaha!
poyo betol!
dan macam2 lagi perkara yg buat dia nangis, kerana aku :(
------------------------------------------------------------------------
ingat lagi, kali pertama aku panggil dia 'ibu'.
msa tuh aku 4tahun. angah 3.
waktu tuh aku masih panggey MAK lagi...
ibu sedang ngemop lantai rumah. aku main2 ngan angah;
aku: mak, nak aye milo!
ibu: kakak, takmo panggey mak lagi la, panggil IBU. *sambil muncung mulut pandang aku.
aku: IBU? (nada pelik). ibuuuuuuuuuuuuuuuuuu...... *ngejek*
ibu: haa.. cam tuh laa.. esok pon panggil IBU tau.
angah: MAK MAK MAK... nak MAK.
abaikan, hihii!
----------------------------------------------------------------------------
orang pertama yg ajar aku camner nak draw IKAN, ialah ibu :) ..
21 tahun yg lalu..........
masa tuh aku di tabika perpaduan. baju tee lengan pendek kaler biru itam, suar pendek itam. auww, *sila JANGAN CUBA CUBA NAK bayangkan~
aku: bu, camner nak lukis ikan? (beri kertas lukisan kat ibu)
ibu: lukis ikan? bak sini kertas... tapi ibu tak pandai lukis sangat, kang cikgu marah kang?
aku: tak pe, cikgu peah tak marah....*tipu pertama untuk ibu aku, yg aku ingat! naseb laa gua belom baligh lagi, takde buku hisab~
ibu: (sambel lukis... dia explain... aku nganga jer..), nih badan ikan.... pastu, nih mata dia.. nih mulut dia... nih sirip dia.... pastu..
aku: (...memotong), sirip tuh ape, bu?
ibu: sirip tuh benda yg ada kat tepi ikan tuh... nak siang ikan, kena buang yg nih, tak boleh mkan.. (terror tak IBU gua explain?? hihihi....)
aku: OOOoooooOOOOooo..
sampai skrg; kalau mintak lukis ikan, tuh laa pesen ikan dia.
rasa2 esok kalau cucu dia mintak lukiskan pon, dia still lukis ikan yg sama.
CAM NER BENTUK IKAN IBU AKU?...
macam nih;
aku: bu, tapi kalau ikan tuh ada anak, camner?? *amboi gatal!
ibu: oo.. kalau ikan tuh ada anak cam nih...
HAHAHAHAA!
ini aku lukis semula. aku mmg tak luper camne lukis ikan gaya ni!
------------------------------------------------------------------------------
masa aku kecik2.. dia salu soh cabut uban dia, dengan eksen nya dia beri offer:
"kalau kakak dapat cabut selai uban, ibu bagi 1 sen...."
dengar 1 sen dulu pon aku dah menggelupur nak cabot oke! kecik2 aku nih dah materialistik, kan? ahahaaaa! tapi bile dah lepas cabot, salunyer aku akan terleka. pastu harus tertidur2 ngan sepit uban (sepit angkut).. ahahah!
petang smlm.. masa dia mintak ubannya dicabut... aku sempat ckp:
"bu, ni kalau kakak cabut uban nih, kalau 5sen selai (mark up sehh!), mahu dapat sengget setengah nih....hihihi..."
ibu aku hanya tergelak...
agak2 korang la kan.... bila kali terakhir korang mencabut uban ibu korang eh?
berlagak seh.. mentang2 aku baru cabut petang tadi!
p/s: kak jah, sila jgn kawan ngan ustazah bahiyah, adik aku ckp, dlm ceramah dia, penah terkuar statment: "saya tak paham kenapa ada sesetengah org panggil 'ibu' kepada mak mereka. bunyi nya macam IBU AYAM!" (aku dulu sungguh la sanjung si bahiyah nih, sekali dia ckp cam tuh, sudehhhhh... malas aku nak layan ceramah dia lagi, huh!)
8 comments:
kekee
susah jugak yek ibu ayam ni
-kak jah cam nama mak ku jew
bangangnyer bahiyah tu. ada ke ckp ibu tu cam ibu ayam.
*terus aku benci kat dia now & then...
bila aku last cabut uban? xleh wehhh. kalu aku cabut jugak harus botak mak aku tu nanti.
*aku still xleh terima la asal bahiyah tu ckp centu...stetmen yg sgt keji ok...dah la aku x sker cara dier menggedik kat tv.
joe: jah yg nih ratu belog joe.. dan ratu mas cotek ahaha!
kakjah: kan? aku dengar pon nyirap jer.. kawan aku pon penah ckp, "eh ko panggil mak ko 'ibu' ker? cam bunyik ibu ayam jer.."
seminggu aku tak tegur dia. padahal teman sebilik tuh. pi jalan laa.. nak kutuk, kutuk camtuh plak.. nyampah aku!
aku last cabut uban ibu akuuu.. err 10bulan lepas kot? Takpe2, 2 bulan lagi aku kemaskini rekod..
saper plak bahiyah ni? sukati laaa nak panggil ibu ke mummy ke umi ker mok ker ker ker. buat ape panggil umi bagai tapi perangai anak macam toot!
kakleen: waa... aku pon luper ko panggey ibu kat mak ko.. sebab asben ko ngengada nak soh eva panggey ko ibu, dia plak nak ko panggey dia abg, amboi gatai no, hiiihi!
sapa bahiyah? google jer 'sazah bahiyah', kuar la pic2 glem dia tuh!
statement tak jaga mulu
betul ke ni lis....? menyirap bandung betul aku dengar!
bongok!
.
zali: mmg pon.. aku dah boikot dia dah~
kakTM: ahahaha! menyirap bandung??? pergh... 1st taim dengau nih! bleh buat modal, bleh buat modal, hihi!
Post a Comment