Nuffnang

Sunday, May 17, 2009

pertemuan yang menyihatkan :)

Plan pertama: jumpa di jonis, tak jadi.

Plan kedua, nak jumpa di kedai kuih minum petang di ujung pasir, jugak tak jadi.

Plan ketiga, jumpa di Dataran Bukit Serindit (BS), tempat jogging dan aerobic petang2, BARU LAA JADI.

Aku syak pasal plan pertama dan kedua plan menambah kalori la, tuh pasal laa tidak jadik!

Plan ketiga bermula:
Aku siap2 asar di rumah, kemudian from head to toe, lagak bagai nak jogging kat dataran BS nnt… dalam hati berdebar gak, 1) jumpa blogger pertama seumur hidup, 2) apakah reaksi aku bila jumpa dia nnt eh….

5.35ptg, dah sampai ke dataran BS. Aku call, pertama kali bakal mendengar suara empunya diri.

hello, dah sampai?” aku bertanya.
belum, tunggu dalam 10min lagi ok..” orait, aku tunggu dlm kete sambil dengar radio.

Selang kurang 10min..

kat mana nih?” dia bertanya.
kat parking..” aku jawab.
saya dah dekat dalam dah nih, takpe, saya tunggu kat depan gate eh..”

Ok, aku tipu kalau aku kata tak cuak! Bolehkah dia mengenali aku? Bolehkah aku mngenali dia? Kalau boleh, dgn kadar sepantas mana? Aku berdebar.

Kemudian, aku perasan dia. Dia yang perasan aku dulu. Oh, mudah rupanya mahu cam si dia… orangnya sama sepert dlm gambar yg biasa ditepek dlm belog beliau. Masing2 macam teruja semacam! Aku sampai jer depan dia, dia terus salam, cium tangan aku. Eh? Sedikit terkejut, hihi…

Kami berjalan anak sahaja, sedangkan sekeliling kami, penuh manusia yang berjogging sampai lencun2 baju. Sempat cerita itu dan ini. Kemudian sempat mengumpat beberapa blogger yang terkenal.

Kamu rasa nama kamu tidak naik? Salah! Semua nama naik petang semalam ya.. hahaha!

Sedang asyik cerita, beliau tiba2 mnyahut nama seseorang. Oh, terjumpa kawan lama. Lama, hampiir 8 tahun tidak bertemu. Aku biarkan saja. Sebab aku faham, bagaimana rasanya kawan sekolah yang sudah lama tidak ketemu…bertemu. Aku juga kadang2 mengalaminya. Dalam nada sesekali menyampuk, aku biarkan mereka galak bercerita itu ini, termasuk kisah membaling kasut si teman itu ke dalam longkang besar tatkala mahu fly, dan kisah hutang coklat yang belum dibayar sama koop, dan seorang teman, haha!

Tiba2 temannya bertanya, oh, nama temannya itu Syasya.


ini siapa?”

Dia tersenyum. Aku tersenyum.

“kalau aku cakap, ko mesti tak percaya!” bersungguh dia memulakan bicara.

siapa?” ujar Syasya ingin tahu.

nih kawan alam maya aku, pertama kali jumpa nih tau!”

Aku dan dia tergelak2.

Syasya tidak percaya.. “yer ke??” hihihi… baru pertama kal jumpa dah mesra cam teman rapat giler.

Borak2, hampir 7mlm. Ok, dia saling bertukar no telefon bersama Syasya. Berjanji akan berjumpa lebih lama bertukar cerita selepas itu.

Sebelum balik, dia mahu pulang terus, aku menahan. Kata mahu keropok lekor? Dia tertawa. Takde laa, saya memain yer la… hahaha! Katanya. Aku menahan. Aku beli jugak, dia rm2, aku rm3, kah kah kah!

Sampai ke kereta; aku ingin abadikan gambar kami bersama, pertemuan yang sihat ini. Yer la, biasa perjumpaan pertama harus laa makan makan, ini, aku paksa dia yang masih kurang sihat itu keluarkan peluh bersama aku, haha!

Dan ini laa gambarnya, kami berdua, pertemuan pertama.



Harap ada pertemua kedua dan seterusnya ya wahai cik Hanim :)

kakTM; lenakali kiter pi jonis plak eh :P





18 comments:

joegrimjow said...

joging=bakar kalori
kopok leko=NAIKKAN kalori

lalala~

pari pari syurga said...

wahahahaha...
hik...hik....hik...
segan sayep.
hehehhe.


berjumpe dgn suara sayep yg cm itik itu..
hehehe...

anyway,
besh jumpe akak....
cam dh lama kenal jer kan?
lebiu lah kakak!

afiq said...

mne stukah alis?!??!?!?!?!?!?!?!?!?

Na Shari said...

Wah..best nya jumpa kawan blogger...kalau dekat, boleh jugak kita jumpa kan?

Tijah said...

hehehehee...

ko tanak jumper aku ker nok? aku rasa nama aku x naik dlm konvesesyen ko kan? sbb akukan blogger picisan jer. wakakaka....

||alis|| said...

joe: tuh la joe, berkat hang asek dok antaq n3 pasai kalori, lemak segala, ku berinisiatif mahu jogging jugak, dah lama tak pi dataran tuh tau~

anim: kan? best2.. next time kawtim bebetol pi jonis plak eh ;)

afiq: nok, sila jgn buat2 keriru yer nok.. *aku yang pakai tudung ariani tuh *baik tak mak, takyah ko nak bertekaki segala ;D

na: hihi.. best kan? best kan? lalu melaka nnt hint la kiter yer :)

||alis|| said...

kakjah: sila laa jgn perasan! nama ko laa naik dulu~ ahahaha! bincang isu ko, mcm bincang isu semasa. isu H1N1 pon tak hot cam isu ko tau kak~ tak caya tanyer anim (dak pari2 tuh)

larikkkkk awal2..!

||alis|| said...

kakjah (2): mmg nakkkkkkk sangat jumpa ko kak! bile laa eh? :)

Kapten Luffy said...

ajak ler aku sekali

aku sudi

||alis|| said...

zali: aku mau time gath nnt ko pakai pinky baru aku sudi. amacam kanda, ade bran?

green said...

jauh berjln..(jog)..
luas pemandangan..
ramai kenalan...huu~

Tijah said...

tapi aku pemalu. caner???

kita jumpa ala2 party meskered nak? aku pakai topeng jemenai...

||alis|| said...

green: kah kah kah! berjalan la sgt.. duduk2 jer yg banyak ;P

kakjah: lorr.. kalu gitu aku nak pakai tupeen gak la.. wataknyer ialah.. "puteri salju" gitu, oke?

tasekM said...

tu dak anim yek...? aku ingat dak amirah. he he...

ngumpat la korang... ngumpat. hahaha....

eh. kejap. ko yg mana hah? ihihihih... hampeh tak akak ko nih... ha ha.



.

Ungku Nor said...

jumpa kali pertama..memang mampu mencacamarbakan perasaan..hehehe

||alis|| said...

kaktm: aku yg baju pink-itam-speaky tuh, uhuks!

kaknor: betol laa.. akak nih mesti penah mengalaminya, kan? kan?

pari pari syurga said...

wakakakakaka....
kak tasek oiiii....
hehehe..
sape amirah tu?
bpe byk klon aku ade ni hah?
hehehe...


kak ungku....
perasaan die tu dh cam blind date gamaknye..
wakakkaka.

||alis|| said...

anim: amirahsyuhadah, akak tuh org melaka gak.. tapi aku tak masok blog dia :)