Nuffnang

Wednesday, May 13, 2009

kisah interview di JPN Melaka, 13may 2009

aku penat giler skrg nih... mmg penat...duduk tggu interview 12jam. 8am-8pm.

yer.
doplas jam kalau nak dieja secara total.
ko try la carik gambar2 HARI INTERVIEW DI JPN MELAKA.
kat melaka jer 4,000 yg datang.
kat kelantan, dikhabarkan, 10,000.

serius ramai org nak keje gomen eh?

diinterview oleh pegawai? cuma 5minit SAHAJA.
aku rasa mmg bodoh. mmg bodoh. takpe, at least aku belajar dari kesilapan.

at the same time, aku kagum dengan diri aku hari nih. mampu tunggu 12jam untuk pos yg cuma nak diguna khidmat selama 6bulan. gaji 1,600/month. kalau dapat.. tapi aku rasa tak. salahkan sistem kelam bakut pegawai/satff mereka. bayangkan, form2 mereka yg datang seawal 8am, telah diletakkan DIBAWAH form2 mereka2 yg datang pada 10am, 12pm, 2pm...

aku rasa cam fak sket nari..

so: sedikit rasa fak+sedikit rasa shit= aku yang tabah. tepok2!

tapi secara logik yg total;
mmg shit rasanyer. rasa mcm nak berlari laju2 jual UT kat doktor spital pantai yg berdepan JPN tuh jer...masa tuh....ntah. apa yang aku carik hari nih pon, aku cam blur....

masa sampai, nak parking jer aku tgk cam nak pengsan, punya laa ramai umat manusia!
masa nak melangkah masuk, dari gate besar, aku nampak manusia kat dataran JPN dan macam ulat taik, serius, macam ulat tahi. aku terasa nak balik. naluri pon ckp "balik la.. balik laa.."

bile berebut2 nak form hijau, sebab semua org begitu; aku terasa cam aku tengah melontar jamrah jer.. baru jamrah aqabah, kot.

bile aku dok tunggu bila nama nak dipanggil; kami, terpaksa berdiri dalam panas terik, sambil dengar nama masing2 disebut satu2... healer ade dua, diguna sejam, lepas tuh, haram, rosak. shit. berdiri dalam panas, terasa macam nak pi ngadap kaabah. ya tuhan, ampunkan laa aku. aku masih sabar dlm peringkat ini. oyer, aku luper, aku ada ckp tak, aku pakai baju merah menyala nari? konon2 nak harapkan ONG. ong taik kucing.

bile aku sambil tunggu nama, dan kemudian tunggu plak no giliran, aku terasa cam pelarian.
lapar, pedih, sebab sarapanku hanya sekeping roti sanwich kosong, lunch bantai laksa yg tak lengakp serba serbi (hai adik huda, hihi..), hatta minum air pon tak sempat. kencing? lupakan laa.. karang ko pi toilet.. nama ko dipanggil, elok2 dapat no 2 angka, ko masih boleh dapat 2angka, cuma lagi banyak angkanya.

masa dok tunggu tuh, aku terasa cam banduan hukuman atas akta 302. yer, gantung. mati. senyap. sepi. aku plak sorang, tak jumpa kawan.

citer dia, aku hantar form jam 11pagi, aku tunggu macam taknak hidup, 4.30petang no aku still takde, same goes ngan batch aku. parah.

aku masuk bilik; perghhh.. bilik ekon, sejuk skett.. tanya staff: how come saya nyer no takde lagi eh? saya letak form jam 11pagi tadi? staff pandang aku, dia jawab: eh yeke? cuma cek kat sini (sambil tunjuk aku setimbun form kat tepi meja kopi), kalau ada nama awak, ok, kalau tak, kena cek kat BLOK SEBELAH (baca: blok aku blok A tingkat 3, manakala blok B, ialah belok yg kena jalan 7-8minit dan tingkat 2), aku dah panas... "kalau form saya dah berjalan ke sana, kenapa tak bagitau saya???????" (oke, sedikit mngamuk, wajib, sebab imejin: 11pagi tapi dah 5ptg aku nyer form takde no..), tamat citer, aku nyer form hilang, tapi masih dlm simpanan mereka, kata mereka, aku dah malas nak amek port.

fac, syial.

kantin?
lagi sedih. pecah rekod. beras habis.
so yg ada, kueh teow goreng, laksa, mee dan sirap suam. oh, air batu pon habis. lori air batu tak dapat masuk dlm, jalan jammed. let alone air kotak air tin F&N oren yg sejuk. air mineral, ada, tokeh baru kuarkan 4katon dari store, stok terakhir kata nya.

itu kalau ko pergi kantin dia pada 2pm.
shit, air bekal aku dlm kete. kete aku? parking sebelah highway, jalan 15min sampai la.

fac, lagi.

3pm, aku terasa nak blah. jgn kak, ko datang 8am, tak worth kalau balik skrg. budak2 sabarkan aku.
5pm, lapar menyebabkan aku jadi singa dlm diam. jgn kak, sabar la.. 7jam ko boleh sabar, nih kejap jerr lagi... budak yg sama menyabarkan aku.

last2, aku pulang 8pm, b4 tuh aku singgah JJ, igt nak pekena mekD pasal balas dendam, tapi last2 aku terasa lewat, aku beli roti kat JJ jer.

aku penat, aku letih, aku sedih, aku terkilan...

jawatan yg dipohon aku, hanya perlukan >< 270 orang, ratus, bukan ribu. pastu seMALAYSIA. bukan seMELAKA. oh tuhanku.... untuk melaka hanya TOP10 dipilih.

oke.
sedara dia jer dah 7 org yg reserved. lagi 3.. amek laa yg datang kul 4petang ker, 6petang ker.. ala.. main cabut undi jer.
fac, again, and again....

team aku; sampai berdoa, kalau salah sorang kami dapat, kami sumpah nak ubah sistem yg diguna pakai oleh staff2 JPN hari nih. hamek ko. sampai bersumpah setia. masa2 kami yg terbuang nih, ramai2 la korang tanggung di akhirat esok. jawab laa amanah apa yg kau beri hingga kami tersiksa sebegini.

kat sana, ramai org.
ada anak, ada bapak, ada mak, ada suami, ada isteri, ada orang lewat usia, ada baby baru 3bulan (masih nyusu badan dan menangis2 mahu susu, tapi si ibu masih beratur amek giliran)


12jam bai.. kalau ko mengait, dah dopasang baju kait ko dapat. penat la weh...
tamat kisah aku. demam aku pon terus baik. sekarang badan yg sakit. bontot pon sakit.

dan inilah interview terbusuk aku. eh bukan terbusuk metafora.. memang aku busuk waktu diinterview, 12jam duduk kat tangga jer bai..

tapi paling best; aku jumpa kawan baru, kawan2 yg best giler, ada akak nih, sampai tak mnyempat2 lagi.. "eh, raya nih datang rumah akak tau!" bersungguh. pose pon tak lama lagi kan.. pastuh yg sorang tuh plak.. "haa.. kalau kawen nnt jemput laa akak eh, serius nih.."

bahagia kan jumpa kawan2 pertama kali kenal tapi cam dah kenal bertahun?

dan yer, aku perasan, n3 kali nih mmg sampah. sebab banyak fak. sebab banyak shit. dan 1 jer syial. aku jenis tak menyumpah. perkataan 'kotor' pertama aku ialah BODOH, "AKU" aku yg pertama ialah waktu aku form 2. masa 1st time mak aku dengar aku sebut 'aku', mulut aku ditampar. sungguh bai, aku tak tipu.. baik kan aku?

dulu laaa.. sekarang baik skit, jahat banyak.

dan kini, tuh la perkataan aku. bodoh, syial, fak. mainan bibir pon, bodoh, dalm tulisan, syial, fak. sebut tak pernah. tak sama kan? hihi..
takde laa kepala bapak kau, b-b- kau ker hapa... apetah lagi dlm kain. aku malu.

aku bukan jenis menyumpah seranah. walau aku org melaka, yg terkenal ngan segala sumapahan dan carutan dan latahan porno atau lucah. sampaikan kakTM kata, aku nih "melaka murtad".. hahaha!
____________________________________________________________

mata aku sikit lagi nak pejam nih.. huruf 'u' dah nampak 'i' (serius, word 'huruf' tadik, aku taip "hurih")... aku nak komen pasal n3 kakjah.

aku baca n3 dia. aku tak kesian sgt kat dia, sebab gemenai mmg taf, kan kak?

yang aku tak faham.... ada orang yg tak suka kakjah.....? ada ke org yg tak suka kakjah niuh weh? sapa? aku tak pernah google 'anti dikja" atau "anti kakjah".. pasal aku tak terfikir org akan tak suka dia.

korang, as per my komen kat box komen kakjah, sapa yg tak suka kakjah, mmg kurang kasih sayang *serius aku menangis masa taip nih! fak!

kakjah laa org yg rajin layan org.. yg aku perasan la kan.. buat org baca n3 dia boleh tergelak2.. so, apa hal yg tak pasal2 ko benci/anti dia?

sumpah aku tak paham!

11 comments:

Tijah said...

weyy!!! ko kena ingat tu. rambut sama itam hati lain2.

ko ingat ko tu pun sumer org suka nok??

akuuuuu jer ataupon org2 spisis kita jer yg suka layan org giler merapu cam ko nih. lagi la sbb sama2 jemenai kan.

tapi takpe la...etlis aku dah luahkan perasaan tu dah lega dah. skrg aku dah cool blk walupun badan panas sbb sbn dah 3 minggu x ujan.

forgive & forget la kan...

jemenai rawk!!!

Tijah said...
This comment has been removed by the author.
Kapten Luffy said...

pengalaman semua tu :)

Ms.Lilies said...

perghhhhh 12 jam tu....pasni ko nak g lagik x?? betulla...yg pasal kak jah tu aku pun x phmla...awatla pangai cam setan sgt tu...

Cik Pah said...

aper aper pun , belajar dari kesilapan ye dik non

CikJa said...

lah~ sampai kol 8 malam?
ish2.. betul2 tak sistem..
samalah nasib kita..
cikja pun nasib baik dapt gak intibiu kol 5.30 ptg.. no 79 tu.. sbb ade org takde no dia bagi dulu.. hangin aje.. :(

||alis|| said...

apsal aku boleh terlepas pandang tak jawab komen2 nih eh? ayooo! aim corii :)

kakjah: huhu.. tapi btol kata hanis, kiter nih pon bukannyer suke sume org kan? hihi..

zali: aku rasa ko pon keje gomen kan skrg nih? mmg pengalaman betol!

kakmimi: kalau dia offer rm3,000/mth pon kak, AKU TAK PI LAGI! siyes~

cikpah: tgh sdih nih, hulur2 laa kain chiffon bkt tinggi barang semeter dua, larikkk!!!!

cikja: waa.. no79? masa kiter tunggu, 5pm dah sampai no 145. cikja mintak post apa? kiter nyer post penolong pegawai.. huhu.. sedih tau org gomen buat kiter cam nih, kan? kan?

afiq said...

isk... akk aku pon gi interbiu nih tau.....
jpn n9 la...
ade yg pingsan.. siap mak aku jdik paramedik lgik...
xbley bla....
trok sgguh ekonomi... padehal keje kontrak jer tuh... stil berebot owg...

||alis|| said...

afiq: kan? sedih la.. takpe, aku pi pon aku dapat kawan yg dah jadik kawan baik. ada hikmah nyer. mak ko nurse ke? :)

Hanakimi said...

Perh..12 jam tu!!!..aku arap ko dpt lh keje gomen tu.aku sokong ko 120% bab nk ubah sistem tu..LoL

||alis|| said...

hanakimi: eh, aku baru pas tgk hanakimi versi cina... tapi aku lagik enjoy tgk hanakimi sano-ashahiya, kihkih! betol laa bai, mmg terasa gomen cam memainkan perasaan budak2 jer..