januari 1989:
pelajar tahun satu wajib kena injection.
sekolah bijak, tak bagitau apa2 pon...
sebab takut murid yg penakut ponteng sekolah.
macam aku.
esoknyer.. bayangkan;
puas aku bermain kejar kejar dalam bilik rawatan;
bersama misi, pakcik tukang kebun, dan cikgu Lim (guru lelaki paling cool)
3 orang kejar aku dan masih lagi tak berjaya tangkap aku!
aku jadi pelajar yang last diinject...
dalam keadaan menangis teresak esak
bahu terhenjut henjut.. air mata berjurai jurai..
hingus? tak.. takde. caya laa.
selesai jer kena inject; pakcik tukang kebun bawak aku balik rumah.
pasal aku cakap tak nak masuk kelas lepas tuh..
eksklusif tak? haha!
.
sumpah, aku mmg takut jarum waktu kecik2.....
.
.
.
januari 2002:
ustaz yang mengajar kami di sem pertama;
mmg sangat lucah. ko dapat bayangkan tak?
ustaz lucah.
kami yang perempuan nih kalau masuk kelas IMK waktu dia...
memang akan sentiasa berdebar2..
muka pasti sure 100% merona merah..
satu hari, dia cerita tentang surah an nisa'...
kemudian menyentuh bab haid dan nifas...
dua saat kemudian, beliau terdiam sejenak..
kami mula berdebar...
mulut beliau mula ingin mengatakan sesuatu;
kami menahan nafas...
.
.
"boleh bayangkan tak kalau orang lelaki yang haid...? boleh buat menulis!"
kemudian beliau gelak terbahak bahak..
.
.
kami?
(bunyi cengkerik.....)
tunduk. dan tunduk, dan tunduk sepanjang kelas berlangsung.
kumbang yang 3-4hekor dalam kelas kami?
giler! lagi laa menunduk malu!
haha!
.
.
_______________________________________________________
.
.
haih, kenangan bersama guru.. banyak yg tak boleh aku lupa :)
kepada guru guru aku yg telah selamat menjadikan aku manusia berilmu;
SELAMAT HARI GURU SAYA UCAPKAN :)
.
.
.
9 comments:
kalo menangis hingus kuar la,kekekeke. Aku tak paham la apa maksud ustaz ko tu, cer terangkan dgn lebih jelas,kekekeeeeee.
aku dgn tijah cekgu jugak wey...
betol!!!!!!
kakjuliet: jangan aku dipaksa, kak.. kang terus terkubur belog aku nih kang.. ahaha!
kakcok: TIDAK. TIDAK. TIDAK. NEHI. NEHI. NEHI.
aku tak paksa dik sbb aku tau ko berhati suci murni, sama cam aku gak,kekkekekeke.
kalu aku dapat ustaz centu...masak la dia kena. silap2 dia buat polis report sbb kena sexual harassment dr anak murid. har har har
ngewri la ustaz ko dik..
tak pepasal aku dok terbayang2 lak.. cemana la kalo bebetoi lelaki piriyed..
caner diorang nak pakai pad aaaa???
ahaks!
kisah sempena hari guru yang agak "fresh", takde orang buat lagi cam ni.
bagus cerita ini untuk renungan cikgu-cikgi yang masih belajar untuk menyempurnakan diri sebagai pendidik.
bagus juga buat para uztaz dan uztazah yang belum kental keikhlasan mendidik anak-anak bangsa.
kisah anda telahpun kamim tampilkan pada laman kami yang memacu suara pelbagai,
bypass308.blogspot.com
1989
baru sethun usiaku
kakjuliet: kita sama2 suci kak :p
kakjah: akak, apa aku plak yg kena nih kak! haha!
kakpiah: aku tak berani nak imejin!
bypass: ????
joe: masih comel lagi dan ditimang2 oleh ahli keluarga :)
Post a Comment