Nuffnang

Thursday, June 11, 2009

Mr Despatch Abby Axe...

waa.... faham tak abby axe tuh apa? (hint: AB*.. co's kurier...)

oke, aku dapat satu bungkusan dari seorang kenalan. wanita nyer tuan tuan puan. dari KL, dan dihantar kepadaku hari ini. oleh sebab rumah aku nih untuk yg 1st timer selalunya akan sesat; maka aku yg mmg sedia baik ati ini (baca: takmo org susah sebab aku), aku text kat mamat AB* nih;

"TUNGGU SAYA DEPAN MASJID BILA AWAK SAMPAI NANTI". amboi kalah arahan parlimen.

so bila aku sampai.. aku nampak dia dah tunggu depan masjid, duduk atas motor.... dia, seorang mamat yg berpakaian rasmi syarikat merah-hitam.

"AILIS eh?" tgk, sebut nama kesayangan aku pon tak betol.

"yer.. saya alis..." biar jer laa..

"nih ada parcel untuk awak..." tersengih.

"ok, terima kasih. mana saya nak sign nih?" aku mahu cepat selesaikan urusan. depan masjid nih ada sebuah kedai kopi (macam tak biasa laa kan ada masjid, ada laa sebijik kedai kopi). banyak mata memandang kang aku rasa cam tak manis plak...

selesai urusan, demi nak tebus masa terbuang dia tunggu aku 5minit tuh... aku borak gak sket2 sama dia.. kang kata aku sombong. APAKAH MUKA DAH LA TAK LAWA, PAKAI TUDUNG ARRINI LAGI TAPI SOMBONG TAK MO BORAK SAMA AKU!

kan?

so, aku borak skett sambil nak sign n parcel bertukar tangan.

"err.. kenal azue?" azue nih kawan aku, dia penah keje AB* nih dulu kat melaka raya.

"haa... kenal. kawan awak eh?" dia tanya balik.

"ar..ar.. kawan saya, satu tempat keje dulu.. sekarang tak lagi.." ok, parcel dah bertukar tangan.

"awak keje apa skrg?" EH DIA NIH MACAM NAK BORAK LAMA PULAK. BAGI PERLIS, DIA NAK PAHANG PULAK~

"jaga akaun org dalam internet.." aku sudah mahu gerak pulang..

"eh, awak, tunggu la kejap.. err.. nak kawan boleh???" TERSENGIH SENGIH...

"ha? insyallah.." aku pon jalan. tak toleh belakang. kakjah pesan jangan pandang handbreak kemarin, tapi aku bawak moto, takde plak handbreak tarik cam dlm kete kan? kan?

===========================================

sebab rasa cam tak kena jer, plus aku tgk mamat tuh semacam jer.. aku YM azue, tanya dia pasal mamat nih. no HP aku dah la ada pada dia, kang nanya plak aku malam2 terima panggilan hangit ke panggilan misteri. sapa nak jawab? kak mimi? kak juliet? atau kapten? apakah?

sesi YM bersama azue...

alis: zue, ko kenal tak mamat ***** keje kat AB* tuh? dia ada hantar parcel kat aku tadi.. tapi cam tak kena jer aku tgk dia...

azue: ..............................................................................................
.
.
.

MAHU TAHU APA JAWAPAN AZUE? TUNGGU ESOK. TATA. SALAM ;)
.
.
.

10 comments:

Ms.Lilies said...

apo lak namo den terkait ni aaa....


psstttt...ada org ngorat cik alis la....awwwww...aku tunggu gud news ek :p

julietchun said...

apa main citer gantung2 ni? Tak ske tawwwww.Kalo ari2 ko dpt parcel suke ler mamat tu bleh jumpa ko,hehehee.

Anonymous said...

alis...aku memang tengah suspen nak tahu siapa sebenarnya mamat tuh, la...main bersambung pula. Ni mesti mamat tu kurang siuman kot.

haruan tasek said...

budak tu minat kat ko kot.. tu yang di cakap nak kawan boleh?

Tijah said...

alaaaa...test la tengok...

Na Shari said...

Adoi...anti klimaks la pulak...akak bukan main excited lagi nak tau...

afiq said...

huh...ngok tau**
cpat skeeetttttttttt/!!!!

Kapten Luffy said...

baru semangat nak baca

dah hilang plak dengan to be cont.

pari pari syurga said...

huh...
mana tau ni fahri yg akak dok tungu2 slma ni...




"selamat........pengantin baru...
semoga...kekal abadi...bahgia...ke anak cucu...." - lagu org kawen.



hahahaha.

||alis|| said...

hai kawan-kawan yg saya kasihi & hormati;

jawapan telah saya siapkan yer.. tiada hutang cerita lagi..

terima kasih atas doa.
buat peneka yg kurang tepat;
cuba lagi next entry.. tata~