Nuffnang

Monday, June 29, 2009

satu hari di ladang kambing.. eh, ladang kambing??


ini pelik. kambing dlm akuarium :)
.
.

penjaga ternakan yg setia, si alip, bersama 'janggut' yg manja..
.
.
ini tuan ternakan punya mak. jiran waktu aku dok di taman lama. baikkkk sangat, hingga kini. pondok kecil sayuran2 organik ini terletak betol2 depan kebun. waktu petang jer, pasti ramai orang kampung datang beli. murah dan segar!
.
.

alip sedang petik bayam kampung yg diminta penduduk.
.
.
peria yg biasanya kena pacak tiang, dibiarkan tumbuh menjalar, aku jakun!
.
.
pemandangan hadapan kebun waktu petang.. nyaman...
.
.
tetibe jumpa si comel ini. tgk, telinga pon tak tegak lagi! haha!
.
.
beberapa lagi comel yg lain.. ;P
.
.

balung ayam
.
.

taik ayam. bukan. kamu pandang lain tuh. aku maksudkan bunga ini.
.
.

taik ayam original... bukan. silap lagi. ini bunga taik ayam yg versi tak kacuk oke..
.
.

pondok lepak. best kan? alip dan kawan2 rajin cucuk tanam bunga2 ini..
.
.

baru laa masuk citer kambing ;P
.
.

comel jugak. black n white.. cam nak bawak balik umah jer sekor.
.
.

rumput makanan kambing pon ditanam sendiri. kalau kamu nak buat ulam boleh juga..lepas hujan lagi cepat panjang...
.
.
takde apa idea nak share... ini je la yg ada.. sapa penah pi ladang kambing? aku pon baru 1st time masuk ladang kambing nih... bek..bek..bek...
buat kamu:
-nop, aku tiada apa hubungan ngan si alip walaupun aku snap pic dia dua kali, ewah2~
-orang2 melaka, sapa nak beli kambing, contact aku. bukan, aku bukan tokeh dia, tokeh dia yg mintak aku announce kan.. sekor rm500, harga bleh runding.
-nama2 kambing belaan alip yg aku ingat, janggut, khamis, kak ngah, abang long.. itu jer yg aku igt, sebab depa glemer!
-bukan... aku masih tiada apa hubungan ngan alip, walau aku hafal nama kambing belaan dia.
-aku tak mintak komisen dari tokeh pon ;P, ini jariah aku.
-tokeh nih, abang amin, sangat bermula dari bawah. dari pegawai bank sejak usia 18thn, hingga usia 30, kini pada 35, beralih bidang 100% lari dari bidang asal.
-selama 3 tahun berusaha majukan usaha ternakan ini, beliau bermula ngan modal sendiri (dibantu modal juga oleh abang yg alhamdullillah kedudukannya).
-3thn juga ulang alik melaka-KL, sebab family tak bleh pindah mendadak, isteri yg juga pegawai bank, anak2 sekolah....
-tahun lepas pernah eksiden teruk atas highway. storm hijau yg baru dibeli, hancur (enjin jer yg bleh diguna kembali).. syukur tuhan masih sayang sama abang amin dan mak nya, mak idah.
.
.

11 comments:

susudalambotol said...

seronoknya sawah padiiiiiiiiiiiiii!

mo0ney said...

beshnyer..lama xcamnih

||alis|| said...

mommyhidd: mai la datang sini.. cewah cam melaka jer ada sawah padi! tanjung karang lagi best apa, hihiiii

muni: best kan? lepak2 kat tepian sawah bagai..

haruan tasek said...

banyaknya kambing.... ko punya kambing ke

||alis|| said...

haruan: bukan, anak jiran nyer ternakan. ;)

Monkey D Luffy said...

wah!

aku nak cari Jack the Kambing

||alis|| said...

zali: ada..ada! ahahaha! lupe plak teman ko yg sekor tuh~

cun09 said...

best nyerr suasana cam nii...kambing, arnab, tanaman...tahniah utk tuan pojek...berbaloi-baloi drp koje pgwai bank laee...

||alis|| said...

liza: penat liza sebenarnya.. tekad abang amin jer yg buat dia gigih usahakan. ye la selama nih bilik ekon, pegang pen tukang sain2 jer, alih2, penternak jadiknya ;)

JO said...

abg ipar aku ada buat ldg ternakan kambeng. kambeng die comel woo.
mata wane biru siot. haha tak tau la kacukan apa. eh jap. ke silap ni,.
aku dah tertuka ni. kambeng ke biri2
eyh? LOL

T_T

||alis|| said...

joy: weh esah... tuh bebiri la weh... ahahaha! :P