Nuffnang

Thursday, July 16, 2009

aku=student. oke?

selepas hampir 4 tahun meninggalkan alam pelajar-asrama-buku2-ilmu-dengar lecture.... kini dengan bangganya aku umumkan : aku sudah kembali ke gedung ilmu.

-pendekkan kisah, aku akan belajar selama 6 bulan (4+2).

-asrama disediakan (ianya merupakan sebuah rumah awam/taman, berisi kira kira 8 orang, termasuk aku.)

-jalan kaki ulang alik tempat kuliah-rumah asrama selama 10min/each 1 way trip. pengalaman pagi pertama, anjing2 rumah taman depan yg lebih cool patern rumahnya, semua tak kenali kami so ada yg melatah dan melompat sekali dua. aku? dulu takut anjing, lepas baca kittun.blogspot, serius, aku tak takut dah lagi. tapi jalan tetap berada di barisan hadapan dan langkah laju2.

-pelajar program yg aku sedang ambil nih ialah seramai lebih kurang 40 orang. sama bahagi antara lelaki-wanita. 2 sudah menarik diri, sorang dapat offer ke maghribi, sorang lagi dapat offer ke jordan. ajaib, 2-2 lelaki.

-dalam hampir 40 kepala itu, ada bekas pelajar malaysia dari jordan (2), mesir (2), indonesia (1), UKM (5), UM (4), UIA (1), USIM (7), KTIM (10), dan lain2 yang masih aku kurang ingat. tapi semuanya ialah jurusan usul fiqh, syariah, pengajian islam.

- hanya satu kepala jer dari uitm dan perbankan, iaitu aku, pelajar paling rocks!

-kalau dah nama rocks, maka pakaian ialah fokus utama ya kawan kawan...... tak rocks disini ialah jika kamu bertudung labuh bagi wanita, separa rocks ialah tudung kamu masih lagi bawal no 2 hingga ke bawal berbatu, tapi masih memakai skaf tudung. bagi pelajar lelaki, sumenya al sharifuddin yg memakai kopiah/baju raihan, walau pada hari biasa (hari tak biasa ialah hari jumaat).

-satu2nya pelajar yg pakai tudung rocks, ialah aku. *tudung tak rocks ialah tudung yang labuh hingga ke paras atas sikit dari lutut ya kawan kawan. terseksa? idak laa.. mereka nih semuanya peramah benar!

-satu2nya pelajar yg giler kena catch up semua benda... yer, bijak korang, ialah aku jugak!

-satu2nya pelajar yg dah berkawen, yg ini pasti bukan aku. tapi beliau tetap merupakan sama spesis ngan aku. kak hanis namanya.

-antara pelajar terlebih 'belia', aku dan kak hanis (27). yg lain semuanya adik2 sukmo (21-25)

-sebagai pelajar terlebih belia, aku relakan diri duduk di depannnnnnnnnnnn sekali ;D

-tamat pengajian kursus ini, insya'allah aku tahu dah mana hala tuju aku.

-kursus ini merupakan satu satunya kursus tunggal di dunia seumpamanya yg ditawarkan kepada kami. secara lengkap. syukur gak aku antara yg dipilih. apa kursus nih? later aku diskas oke.


ok, lain kali citer lagi. ;)
tata!

.
.
.

9 comments:

julietchun said...

aku taktau rupanya tudung pun ada gred.teruja sungguh nak tau kursus apa yg ko amik. Ramailah fahri di situ ye,hehehee.

Ms.Lilies said...

ko jgn nakal2 kat situ

cun09 said...

salam...
selamat menjadi student kembali...jaga diri...akan tguu kisah selanjutnyeerr ;)

naqiubex said...

Kursus apa ni yek?

Cik Pah said...

kursus kahwin ker? heheh.. anyway slamat menempuh alam belajar.. ishh. otak aku dah beku nak blaja balik nih.. moga berjaya ..

::@FiQ said...

blaja masak2 ker?? 6 bulan.. veri da pendek kan?

Monkey D Luffy said...

belajarlah sampai ke china

eh... ko dekat rumah jer... kenapa x g china?

ehe

cikgu mas said...

cikgu bangga..belajarlah aliss..

||alis|| said...

salam sayang kawan2;

kakjuliet: fahri? adik fahri ramai laa kak, kekekke....

kakmimi: i'allah....... (sambil buat peace dibelakang)

liza: makaseh liza ;), akan ku buat kisah itu, jgn wisau ;P

naqib: akak rasa kamu bleh join kursus nih (next intake), nnt akak hint kat blog kamu ok ;)

cikpah: kursus kawen???? NEHIIII.. kakakaka!

@fiq: bukan. nih blaja guna buku , pen, lappy ;D

zali: ngan kursus nih, aku mmg ada plan mahu terbang ke sana, 1 day i'allah ;)

cikgumas: cikguuuuuuuuu...... tengs! hehehe... miss you~