Nuffnang

Wednesday, July 15, 2009

derma organ, derma darah.. apa kata kamu?

aku pernah suarakan pada ibu. "kakak mahu derma organ laa ibu bila kata kakak dah takde nanti... bila masanya kakak tak tahu..."

sambil telan liur, terasa sedikit pahit. sebab ibu yg ku kenal ini, ku lihat bukan mudah untuk menerima cadangan mengarut begini. aku doa ibu tak melenting. "nak derma, derma laa, buat cara ikhlas dan isi borang apa yang patut nanti..." -ibu.

aku plak terasa liur ku lebih pahit dari tadi.
gulp!

...............alhamdulillah.
ibu izinkan. kalau ibu izin, maksudnya ayah akan lebih beri izin ;).


ini bukan bentuk wasiat yer kawan.. aku takat 10.50am 11july ini masih lagi punya nafas, punya jiwa, punya nyawa. tapi bleh kita andaikan apa yg bakal berlaku sesaat lepas ini? tidak, kan? untuk pengetahuan, selama ini aku hidup (dengan izin Allah juga) bersama sebahagian darah orang lain selain darah ayah dan ibu. aku merupakan menerima darah derma sekitar 1982.

tika itu usiaku belum 2 bulan, aku hidap jaundis kritikal. ibuku belum habis pantang, keliling badan aku terselirat dengan wayar berkaler2..... sampai arwah atok penah cakap sambil menangis bila melihat aku tika itu "anak kamu nih apak tengok umur tak panjang, seksa apak tengok dia sekarang...."

alhamdulillah, syukran ya rabbi, aku membesar cam org lain, MALAH LEBIH BESAR DARI SESETENGAH MANUSIA, kekekeke! *arwah atok meninggal dunia waktu aku usia 4 tahun.

aku pernah cuba untuk menderma, walau hakikat: AKU PENAKUT SAMA JARUM INJECT! serius. aku pernah lari keliling meja dan dikejar misi misi baju putih waktu darjah 1 semata mata sebab takut nak kena suntikan titanus (betol, kan?), sebelum tuh, usia 5 thn jarum pernah jadik bentuk 'L' sebab aku pusing sambil keraskan badan mengelak kiri-kanan semata mata takmo kena inject.

dahsyat aku nih kan? ;D

waktu di Uni, aku terasa sungguh nak derma darah sebab aku sedar aku hidup pon sebab sebahagian darahku kini ialah milik orang. bersungguh niat tuh nak derma (walau masih takut sama jarum!).

pucat, gigil, seram sejuk tak payah citer la yer... tangan aku dah putih semata2 nak tunggu giliran untuk check sama ada layak atau tidak darahku dibuat derma (cucuk hujung jari jer nih citer dia, gigil dah separuh badan, ahhahaha! dasar penakut!). bile tiba giliran aku....

abang misi cakap apa tau?? "dik, niat awak nak derma darah nih baik, tapi darah awak cair... tak bleh derma, plasma ngan platlet darah kamu tak balance...cuba lain kali, banyak makan kerang ok..."

LAAAAAA! tak layak?? terasanyer aku. huhu..

so, kini ku dalam proses nak turunkan kilo dalam badan nih sebab aku nak derma darah.

darahku pernah diambil satu pain kira2 5 thn lalu sebab saja buat total check up. alhamdulillah ok, just seperti biasa, darah aku cair.

terasa tanggungjawab mula menerjah sebab aku punya darah O+. darah yg paling mudah nak masuk dlm mana2 badan yg memerlukan. cam membazir dan sesia plak kalau darah aku nih buat stok dlm bdan tak kuar kuar...tak kisah laa org cakap badan nnt naik mendadak sebab derma darah. sebab yg penting, niat, kan?

*aku syak darah derma yg aku terima nih dari seorang cina. sebab aku sorang mata sepet dari 6 bradik ;P


.
.
.
.

12 comments:

Tijah said...

aku dah reg sebagai penderma organ last yr...welkam to the club.

*sapa nak lemak aku buleh juer

joegrimjow said...

smlm tgok cite pathology.,...

julietchun said...

lalu dpn klinik pun bleh gigil kepala lututku ini, taktaulah naper. Teringin gak nak derma darah tapi mmg aku tak buleh nak tgk jarum, rasa cam nak pitam.

Ms.Lilies said...

aku blm pernah lagik derma darah....mesti ada problem time nak derma....mcm2 halangan tapi next time akan try lagik....

::@FiQ said...

kalo overw... xleh ek? jelaslah..aku lom derme lagi..huhu

kakpiah said...

sama la kita darah O+..
darah yg pemurah gitu :D

paRi-paRi sYurGa said...

nti anim buat n3 pasal derma darah yer?

hehehehe..

mo0ney said...

aku mata sepet gk.tp xderma darah.cemana eh?

Monkey D Luffy said...

derma darah x sakit ler

lepas derma... rasa lebih sihat

Cik Pah said...

huhu.. kak piah juga darah o+ sama lah kita alis.. satu geng..senang hati aku ade perderma darah macam korang nih.. manalah tau satu hari nanti aku perlukan darah lebih ker kan..

||alis|| said...

salam semua;

kakjah: haih. gemini mmg la tetap gemeni kan kak? kekeke... sanjung semangat akak yg terlebih dahulu memulakan operasi ;D

joe: ada rasa nak derma tak? ngee...

kak juliet: sama laaa kitaa... huhu.. penakut tak bleh nak ubah! bukan dibuat2, kan?

kakmimi: yer... ada jer masalah. cam saya 3x dah try.

@fiq: jom sama2 derma, nak? hehehe..

||alis|| said...

kakpiah: haaa... sama laa 0+, O+ mmg pemurah.. tapi mcm ku, penakut sekali ;P

anim: akak tak sabar nak baca :)

muni: eh mata ko sepet eh? aku perasan sedikit bundar, lawa lerr..

zali: kagum aku sama ko. walau ko lawyer buruk selalu (-_-")

cikpah: alhamdulillah. sama2 kita majukan kempen derma darah nih oke ;)