Nuffnang

Saturday, July 4, 2009

sebab banyak yg bising; maka aku buat sambungan cerita sayu ini....

(sambungan n3 lepas)

......senora terkejut... serta terpana! jijah pula kelihatan pucat serta menggigil di tepi shower yg masih jatuh terpancur lebat....

dan dibawah pancuran itu; terlihat seorang bayi lelaki yg cukup sifat, tetapi dalam keadaan terlentang, sambil terpisat pisat, lemah... betol betol di bawah pancuran air yg deras itu... (HARUAN KO MMG LAAA! SPOILER!! AHAHAHA..!!!)

senora kaku. mindanya terus terkunci. APA AKU NAK BUAT NIH??????????

senora berlari ke rumah warden tingkat bawah, ingin diberitahu pada puan suraya. kebetulan puan suraya masih berpantang kerana baru melahirkan anak kira kira 3 minggu lalu. setelah dijelaskan ada kecemasan di tingkat atas, tanpa mengetahui apa yg berlaku sebenarnya, puan suraya naik ke tingkat atas, dengan perlahan dan sedikit lemah.

apabila naik ke atas, puan suraya yang terkejut amat melihat seorang bayi di dalam kamar mandi itu, segera mengambil bayi malang itu. dia cuba melakukan CPR dengan menekan perlahan dada bayi tersebut menggunakan jarinya. bayi tersebut senyap.

"nora, kamu panggil En Baharum, sekarang jugak!!" arah puan suraya.

dia sempat melihat jijah yg masih terdiam bersandar di tepi dinding kamar mandi.

"ya allah, jijah..... apa yg kamu lakukan nih, jijah..." rintih puan suraya sambil menangis.

"puan, bukan saya bunuh dia puan.... bukan saya... bukan saya... saya tak salah...." rintih jijah perlahan.... sayu. tapi tidak menangis langsung.

selang sejam kemudian, ambulans datang dan membawa kedua ibu dan anak itu pergi ke hospital. malang bagi bayi lelaki itu, dia tidak dapat diselamatkan.

=============================================

jijah dimasukkan ke dalam 'tunas bakti' di melaka selama 3 tahun atas permintaan sendiri. 2004-2007.

2008 dia mula bekerja. penghujung 2009 ini, insyaAllah akan mendirikan rumahtangga bersama seorang lelaki yg boleh terima dirinya seadanya, disertakanNYA keluarga bakal mertua yg baik.

=============================================

senora masih menjadi sahabat jijah. hingga kini. perjumpaan terbaru antara mereka, jijah hanya mengucapkan satu sahaja....... dan ianya berulang ulang kali....


"nora.... aku teringat kat anak aku..... sekarang nih kalau dia masih hidup, dia dah 4 thn setengah dah, kan? mesti dah cerdik, panggil aku ummi....aku rindu kat dia, nora..... tapi bukan aku yg bunuh dia...."

(apa yg berlaku selama itu, hanya jijah dan Allah saja yg mengetahui).



cerita ini sudah tamat. tapi aku masih mahu mengaitkan satu lagi isu. harap2 isu itu wajar aku sentuh tanpa mengundang persoalan lain...

14 comments:

||alis|| said...

salam kawan kawan.. dah dah... aku dah sambung dah.. jgn marah marah oke.. ahahahaha!

azman said...

moral of the stori?

1. jangan beranak dalam bilik air.

2. Jangan panggil puan suraya, sebaliknya panggil en. baharom terus.

3. Ambulan tak boleh diharap sebab sejam baru sampai. jadi gunakan kenderaan sendiri.

Precious said...

Kih kih kihhhh ... haku stujuk ngan Mr Azman.

Ms.Lilies said...

aku masih menunggu isu yg ko ckpkan tu... :D

moral of the story jgn buat cite separuh jalan...kang ko kena maki wakakakak

haruan tasek said...

kan aku dah agak dah.... tempat aku berlaku sekali.... nanti le aku cerita ya..hu..hu

Faizul said...

hahaha...tau takut...;p
dah agak dah dia beranak...

tapi cam tergantung je cite ni..

we demand more!!!
wakakakaka..;p

miss ahjumma said...

kesian kat bby tue... :(

||alis|| said...

salam...

azman:
1)try tanya wanita nak bsalin, dia mesti tersa nak buang air ;D
2)senora panik, dlm kepala terfikir puan suraya, sebab puan tuh paling dekat, kot.
3)yg terlibat sume takde pengalaman dlm handle kecemasan gini, dewasa takde, budak2 rmai p exam hari tersebut.

precious: kakakaka... aku pon setuju gak cerita dia...

kakmimi: sabau, penat naip blom hilang, kakaka! yer la, tobat nak buat citer sambung2 nih. ckop la dokali jerrr... ;D

haruan: uitm aku dulu berlaku berkali kali.. ;P

dude: waa.. demand plak eh.. suka ko yer! igt, jgn berenang kat p/balak tau!

atie: tuh laa... alis yg blom jadi ibu nih dh sedih, apatah lagi ati yg sudah punya 1 anak n kini sedang hamil pula.. ;(

Kapten Luffy said...

huhuhu

anak itu keluar masa dia mandi kot... tak sedar

JO said...

haha azman:kelakar. wakaka.

aduh. kesian kat jijah kan.mcm mana
je kita duduk kat tmpat dia. isk.
aku dah terbayang2 je.

||alis|| said...

zali: oit, ada pengalaman ka?

joy: kan? huhu...

tasekM said...

siapa bapak baby yg mati tu...?

julietchun said...

aku rasa citer ni tergantung lagi. pesoalan apa lagi yg ko nak sentuh? Tak sabar ni.

||alis|| said...

kaktasek: tidak laa daku tahu ;P

kakjuliet: kisah jijah tamat. isu tuh nnt laa aku kopek kupas eh ;D