Nuffnang

Monday, November 9, 2009

update terus 5 dalam 1

1
ibu ayah ku dapat panggilan haji express. kena bersiap siaga (SIAGA????) within 48hours. giler express. tapi dah DIA pilih siapa jadi tamunya, maka siapalah kita untuk menahan. aku relakan ibu ayah pergi tanpa sebarang tangisan, sebab bila dah besar2 nih aku dah faham, tujuan mereka ke sana hanya untuk beribadah (dan aku segera terbayang jubah sehelai dua untuk aku, ok ok, aku anak yang baik, sebab fikir sehelai dua JER, hehehe....).

moga tahun depan semasa hari lahir yang ke-28, aku akan mengikut jejak mereka dan dipilih menjadi tamunya. amin! (sehingga n3 ditulis, mereka sudah seminggu berada di sana, esok (3 pagi, hari isnin) akan bertolak ke mekah dan menempuhi perjalanan selama 8 jam dalam bas.. doa kan mereka selamat ya kawan2...)


2
kursus pensijilan halalku sudah tamat (selepas 4 bulan), praktikal patut mahu ke sepang (LSG Sky Chefs atau KLAS) tapi bila adik ku, aman, yang masih belum sehat, maka aku fikir baik laa aku praktikal di dalam negeri sahaja (haih bila laa nak keluar negeri nih... takpe semua yg berlaku ada hikmah...)


3
genap 5 hari ibu ayah ku berlepas menunaikan rukun ke-5, pagar rumahku yang berdawai manja ala2 hijau tuh DIPOTONG orang yang berhajat nak mencuri. giler cuak. sebab masa tuh yang ada dalam rumah hanya laa 1) seorang lelaki tapi masih kaki bertongkat 2) isteri orang yg semua orang kenal dia as "lemah semangat amat". maka aku rela-hati menjadi hero, eh heroin, dengan membatalkan pernikahan, eh silap lagi, perkhemahan a.k.a family day anjuran kursus aku yang bertempat di Blue Lagoon, PD. uhuks!


4
ok, bila tak dapat masuk rumah kami, rupanya penyangak2 tuh berjaya gak masuk rumah jiran kami (selang 3 biji rumah, dihuni sepasang warga emas), rm400 dan hp ialah catch of the day mereka. aku rasa dah mula geram sangat nih!!! (tetiba aku terasa nak cari pedang kayu wusyu aku yang dah 4 tahun aku tak pegang2 sejak grad uitm dulu...)

5
malam esoknya selepas kejadian, ibu dan ayah saudara kami menyuruh anak mereka (sepupu lelaki kami, 2 orang) teman tidur a.k.a hero sebenar dalam rumah. nak tahu apa jadi? rumah sepupu kami plak yang jadi mangsa pencuri, adeh...adeh!!!!




sekian sahaja warta melaka. Hati hati dalam setiap urusan yang anda lakukan. Hargai nilai ringgit anda……. (dah mula merepek sebab dah pukul 2pagi nih, mata tak boleh nak tutup sambil layan Randy Pangalila’s…)


.

8 comments:

Ms.Lilies said...

Xdapatla dating dgn ko kat sepang ye lis.....errrrrr dr aku yg juga x blh tdo2 lg dr td

joegrimjow said...

plan nak pegi haji..
xtau la bile

joegrimjow said...

sini pon kuat curi
seb bek umah ni ada plindung
hoho
plindung yg xnampak ;)

julietchun said...

makayah ke mekah yer. tak sangka di kawasan kg gitu pun ada pencuri ye, tak repot polis, mungkin dorang boleh buat rondaan.

pari pari syurga said...

waahhh.. mcm buat laporan dlm sokabar. hahahaha.


hati2 kak..


thanx sebb dtg majlis anim..

cun09 said...

salam...

lama x dengar citer alis...sibuk ngan famili n pencuri rupenyee...

**jaga diri**

Cik Pah said...

moga mereka dpt mengerjakan haji yg mabrur. amin

KUNTONG said...

Saudari :
Salam perkenalan dari Pak Cik,si BP otai blogger.
Moga-moga ayah dan ibu anda selamat mengerjakan haji dan mendapat haji mabrur.