Tengahari tadi saya telah pergi ke bank untuk memotong penggunaan kad kredit saya kerana "ulangtahun" pembaharuannya adalah pada bulan Januari. Sebelum itu saya telah memastikan bahawa saya tidak lagi mempunyai hutang dengan bank. Tetapi saya amat terkejut apabila diberitahu saya terpaksa bayar RM50 cukai yang dikenakan oleh kerajaan, walaupun hari ini baru 21hb Januari dan saya tak pernah menggunakannya pada tahun ini (2010). Juga penyata bulanan saya belum saya terima.
Niat asal saya untuk mengelakkan daripada membayar cukai terbaru yang diumumkan oleh kerajaan rupanya tidak menjadi. Terpaksalah saya membayar jumlah tersebut jika saya ingin memotong kad kredit saya.
Pun begitu, saya rasakan tindakan kerajaan mengenakan caj tersebut walaupun saya tidak pernah menggunakannya sepanjang 21 hari pada tahun 2010 ini amat tidak adil. Sekiranya diperhatikan syarikat-syarikat swasta yang lain, mereka akan mengenakan caj pro-rata bagi penggunaan perkhidmatan yang tidak cukup edahnya.
Sebagai contoh, sebuah syarikat telekomunikasi hanya mengenakan separuh daripada yuran bulanan ke atas pengguna yang baru menggunakannya setengah bulan. Tapi dalam kes sebegini, saya dikehendaki membayar RM50 untuk penggunaan 21/365hari kad kredit saya (tak sampai pun 6 peratus tempoh penggunaannya). Adilkah begitu? Kenapakah caj tersebut tidak dikira secara pro-rata?
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menyedarkan pengguna-pengguna kad kredit yang lain supaya segera memotong penggunaan kad kredit (yang tidak dipakai oleh mereka) dengan segera sebelum mereka terpaksa membayar caj yang tidak munasabah ini. Malah pihak bank sendiri tidak ingin membebankan pelanggan-pelanggan mereka dengan cukai ini tetapi dilarang daripada melakukannya oleh kerajaan.
Bayangkan sekiranya ada 1 juta orang yang "ulangtahun" pembaharuan kad mereka jatuh pada bulan Januari, sudah tentu kantung kerajaan "yang mendahulukan rakyat" akan menjadi lebih kembung dengan 50 juta ringgit!
Inilah dia untung "atas darat kering" kata orang Terengganu. Mahukah kita beri dengan sebegitu mudah cukai kepada kerajaan yang "bersih, cekap dan amanah" ini. Oleh itu kepada yang masih belum sempat pergi ke bank itu, segera-segerakanlah dan luangkanlah masa untuk melakukannya.
Jangan biarkan pitis kita diambil dengan begitu mudah sahaja oleh yang mudah memperhabiskan pitis.
Ahmad Mustadh'af
Kuala Terengganu
crdt: pak belang
.
5 comments:
tulah pasal.. itubaru satu kad.. kalau kene yg beratur kad nyer camne.. nak tak nak still kene bayar kan.. cash lebih mudah
cikpah: nasib la ku hanya ada atm kad. haa ngan poskad :)
itu namanya rakyat didahulukan
aku takde kad kredit, dasatkan? :P
mredz: ayat ko tuh aku kena terbalikkan. aci? haha!
kakjuliet: sama lah, saya pon.. kiter mmg dasat. oh, dan hot juga~
Post a Comment