Nuffnang

Monday, October 18, 2010

Kalau betul pun kau tak kisah..

Kisah semalam. 6 petang, Aku dan seorang teman, ibu beranak seorang (alah mak kepada anak angkat aku gak), datang ke JJ baru.. kami melepak di bangku di ruang legar/lobi JJ, sambil membaca mingguan wanita+harian metro, sambil makan ais krim. Syifa, si kecil setahun 4 bulan, sedang enak tidur dalam stroller JJ, kami diamkan sebentar sebab dia baru dapat tidur.
.
Tak lama kemudian, kami diganggu oleh bunyi bising kanak2 usia antara 4-5tahun, seramai 6 orang, bermain stroller bayi dibawa laju ke kiri kanan lobi, kemudian main willy+wikang stroller bayi tersebut. Sekali pandang, macam tiada bayi didalamnya, 3 kali pandang, barulah aku perasan bahawa di dalam stroller tersebut BERISI BAYI KECIL YANG SEDANG MENANGIS...!
.
Aku segera menyuruh temanku melihat situasi tersebut. Syah, teman itu, melihat2 sekeliling kami, mencari di mana ibu dan ayah kanak2 dan bayi tersebut. Malah kelihatan seorang dua pengunjung yang mula perasan akan kelakuan bahaya kanak2 lelaki tersebut terhadap bayi ini. (dey berapa kali aku nak ulang ’tersebut’ daa... hehe.. baru perasan!)
.
Toleh kiri kanan, depan belakang. Tiada dewasa yang datang dan mengaku bayi itu kepunyaan mereka.
.
Kami yang mula perasan akan bahaya tindakan bahaya kanak2 lelaki itu, segera memanggilnya. Mujur dia datang. Betapa terkejutnya kami melihat bayi perempuan yang baru berusia kira2 50hari ini menangis dengan bersungguh. Cuma suara yang halus menyebabkan kami tidak perasan akan dia sebelum itu. Bayi ini cantik, kulit halus mulus cerah dan bermuka cina sedikit. Pipinya bulat. Mata sepetnya kelihatan jelas bila dia menangis. Comel. Sebaya Aiman aku rasa. Aiman pon baru 38 hari.

”mana mak awak? Ni adik awak ke?” syah bertanya kanak2 lelaki berusia lebih kurang 5 tahun itu.
”tak, nih bukan adik saya, nih anak jiran. Mak dia kat dalam sana”, sambil jari menunjuk ke dalam restoran Kenny Rogers, kami melihat seorang wanita sedang sibuk makan tanpa menoleh kiri dan kanan. Wah, giler khusyuk dia makan. Aku berani katakan, jika stroller ini dibawa lari oleh orang yang berniat tidak baik, wanita yang berada di dalam KR itu tidak akan sempat buat apa pon hatta menjerit meminta tolong! Kerana jarak antara dia dan kanak2 ini memang jauh, kira2 100meter. Wanita itu pula makan di meja sebelah dalam, bukan meja depan.

Syah segera mengangkat bayi tersebut, dengan niat mahu memujuknya supaya kembali tenang. Aku hanya mengelus pipi bulatnya sahaja. Waktu ini baru kelihatan si emak muda itu menoleh ke arah kami, itu pon setelah kanak2 lelaki itu berlari memberitahunya. Sangka kami, lepas menoleh pada kami sekali (itu pun puas aku melambai padanya), dia akan segera datang kepada kami dan seterusnya mengambil bayinya.

OH TIDAK.... DIA BOLEH SAMBUNG MAKAN OK!!!


”apa punya mak, kalau tak nak, bagi jer kat aku, ini anak menangis ke hapa ke, dia buat bodohhh jer, sibuk dengan makan dia pulak, tak takut ke anak dia nih orang main amek ke hapa ker..” syah membebel padaku. Naluri kuat sebagai seorang ibu membuat dia geram.. aku yang belum ber-anak nih pon geram giler, nih kan plak syah.

Sungguh, jika kalian ada di tempat kami pon, kalian akan merasa apa yang kami rasa.

Bayi itu tetap menangis. Kasihan, pada usia tak sampai 2 bulan, tangannya tidak disarung, aku yang tidak sengaja memegang tangannya, terus terkejut bukan kepalang, tangan bayi nih sejuk macam separuh suhu ais! Bayangkan, duduk lama dalam air cond JJ, aku yang tua nih pon sejuk. Nih kan plak bayi sekecil dia. Syah meraba dada bayi itu pulak, memandang aku sambil berkata:
”ko tengok kesian budak nih, barut pon tak pakai, sejuk dada budak nih...kesian dia sejuk”


Masih lagi menangis, syah terjumpa tuti (aku panggil puting budak nih as ’tuti’) dalam stroller, terus masuk dalam mulut bayi nih, mana tahu dia mungkin boleh diam. Rupanya tak jugak, mungkin dia lapar susu, atau pun pempers dah penuh...

Bila kami leka diamkan bayi nih, kanak2 yang berenam nih pulak boleh dok main kejar2 dan lari keliling bangku yang kami duduk ok! Tak cukup dengan tuh, syifa yg tengah tidur pon berani diganggunya! EH, AKU RASA CAM KURANG DIAJAR pulak budak2 nih! Pengunjung2 yang melihat pon menunjukkan reaksi kurang senang dengan kanak2 dan mak kanak2 tuh.


Akhirnya, kami menyuruh bayi ini dihantar oleh kanak2 lelaki tadi kepada emaknya. Kemudian kami terus blah. Dengan harapan si emak yang aku rasa SANGAT TIDAK PRIHATIN DAN BERTANGGUNGJAWAB itu berhenti makan dan mula memberikan perhatian kepada bayinya yang menangis....


.

6 comments:

Ms.Lilies said...

gilo!
xbleh tapau ke?
aku plak yg emo

julietchun said...

aku paling tak tahan tgk baby nangis, tak buleh buat keje. apalagi nak makan relax2 gitu.

gadisBunga™ said...

baik tak payah beranak kalau mcm tu!

cun09 said...

salam sahabatku alis ^_^

dunia hariniii...liza ada baca sebuah majalah tajuknya...ibu bapa derhaka? semuanyee telah berlaku kan!!

JijahJambu@Jj said...

kesian kat baby tu ... ape daa mak dia .. tau la lama posa kenny rogers tu ... kalo yerrr punnnn ....

Lee Zha said...

gila...baling stroller tu kt kepala mak bdk tu baru waras agaknya...

geram2..