Nuffnang

Thursday, December 9, 2010

antara kejadian tersedih dalam hidupku

peliknya, bukan melibatkan aku. tapi melibatkan seorang kakak teman se-koperasi aku masa kat uitm segamat johor dulu.

akak ani (bukan nama sebenar) merupakan staff bukan pelajar dalam koperasi tersebut. ditemani kak wawa, sekampung. mereka berdua dah berkahwin. kak ani, anak sorang tapi dah besar, 8 tahun. kak wawa, anak 3.

kak ami nih mmg terkenal dengan happy go lucky nya. kalau sehari tak dengar dia tergelak ketawa, mau tutup koop tuh seminggu. gelak ketawa ala "bergegar pulau besar" dah memang trademark beliau.

sampai laa satu hari... 2004...

2 3 hari aku perasan kak ani sungguh tak ceria. nak buat lawak sambil bekerja pon cam takut. suram jer muka dia. suram sangat. mendung semendung2nya....

ku tanya kak wawa, kak wawa cakap nanti dia cerita petang2 nanti. tapi belum sampai petang, sedang kami tag harga barang2 koop, alih2..

KAK ANI MERAUNG SEMAHUNYA!

terkejut aku. kak wawa segera datang, peluk kak ani. asyik cakap "bawak banyak bersabar, ni. ingat Allah banyak2... tabahkan hati..."

rupanya lepas tuh aku baru tau, kak ani rupanya mengandung (sebab dia mmg berisi orangnya sebab tuh tak nampak cam orang peknen 5 bulan). kak ani keguguran. baby meninggal dalam perut. aku ingat sekali baby meninggal, terus keluar. rupanya tidak. (ke aku silap fakta?)

dah 2 hari kak ani 'simpan' kandungan dia sebab dia nak tunggu suami dia balik dari oversea untuk teman dia operation keluarkan janin tuh. situasi nih dipanggil "stillbirth". sungguh sedih. aku pun ikut sama menangis biar pada mulanya aku tak tahu apa yang aku tangiskan..

sampai sekarang, aku masih teringat dan terdengar2 raungan kak ani...


JKM: apa khabar kaka ani? ;)


.

4 comments:

gadisBunga said...

kalau kite kat tempat dia...mesti sedih sangat kan..

tasekM said...

cerita baby2 ni aku sentap...

:(




.

I-nie91 said...

sedih nye hati,.,.die yg tggung msti lgi sedih,.,.msti ade hikmah,.=)

http://bicarasigadisdesa.blogspot.com

||alis|| said...

GB
hmm.. betol tuh. kiter tgk jer dah nangis2..

kaktas
ala kak, jangan la nangis kak T_T

I-nie91
tuhan dah janji, apa berlaku pasti berhikmah ;)