Nuffnang

Monday, May 9, 2011

nama kedai makan baik2 apa ko pi ubah tuh kenapa??

kedai sayur.
hari pertama kerja, nih laa kedai pertama yg aku jumpa kat serkam nih bila sampai waktu makan tengahari. nama kedai yg sebenar "selera zainab" kenapa boleh berubah "kedai sayur" plak? pasal 2 kali aku amek sayur goreng dia, dua dua kali aku cirit. ceh. lepas kena tuh, skrang asal datang kedai jer aku disambut dengan pertanyaan "dik, macam biasa yer? mee goreng mamak/limau suam?" gua angguk. senyum.

kedai pokok
bukan kedai dia tepi pokok, tapi bawah pokok. kalau siapa yg tak biasa, akan rasa kurang enak kat tekak dengan keadaan kedainya. bukan kedai tapi lebih kepada warung. menunya pon hari2 sama (tapi tak pernah muak pulak abg2 kontraktor yg beli nasi pukal hari2 eh)

kedai akak kopok lekor
sah2 dia ada jual kopok lekor disamping jual vadey/tempe+cendawan+keledek/pisang tanduk goreng (4 ketol rm1.00) dan mee/bihun goreng 50sen sepaket (boleh kenyang). air jagung sedap dia pon 50sen sebungkus. warung dia depan sekolah jadi semua jajan dia harga bawah rm1.00. mmg terbaik. dapat port meja bawah kanopi, kopok lekor/pisang tanduk panas2 cicah sos/kicap, dia punya pergi gua cakap lu, perghhh! itu macam.

kedai mamat
kedai mamat nih letaknya bebetol tepi sawah dan tepi jalan. diusahakan oleh sepasang suami isteri, dan 2 anak. sangat family bonding. jual abc/cendol terbaik kat melaka. pisang tanduk terbaik jugak. dan paling penting, apam balik yang sangat disukai oleh semua. bihun supnya rm4.50, tapi tak mahal sebab bihun dia banyak, rencahnya pelbagai: udang, sotong, daging, ayam, telo ayam sebijik. sayur pon tak lokek, karet n sawi. dulu hari2 bukak kecuali jumaat. tapi sebab makcik kurang sehat sejak akhir2 nih, maka kedainya hanya dibuka pada selasa/rabu/khamis/sabtu/ahad. asal bukak kedai, aku nak berenti pon akan tapau, sebab kalau nak makan situ jawabnya tak dapat la nak nolong. meja tak cukup. yg peliknya, kenapa nama kedai nih kami sekeluarga panggil kedai mamat? pasal mamat tuh mmg kawan sekolah aku. tapi dia keje kat KL. dan dia sangat2 jarang tolong kat kedai tuh pasal selain keje makan gaji yang gajinya dia yg tetapkan, bukan bos, mamat juga tukang amek gambo org kawen, dimana pakej ekonominya jer dah rm1,300. pelik.

kedai ayam besar.
nama kedai sebenar-tak diketahui. padahal signboard kedai atas kedai tuh jer. saja takmau amek usaha nak dongak ke atas n amek tahu. tipikal orang yg tahu makan tak tahu nak generate suburkan pengetahuan umum, hehe. kedai nih terkenal sebab 2perkara yg berkaitan. ayam goreng rempahnya yang pergghhhh-kemain besar potong tapi seketol cuma rm2.50. dan nasi ayam dia yang nasi melimpah ruah aku tak boleh nak habiskan tiap kali order dan, ayamnya besar. taraaa!


untuk harini, rasanya aku nak ke..

kedai nenek bihun sup.
pasal nenek nih jual bihun sup sebenar (kata ayah yang tak suka2 puji masakan org lain selain masakan isteri sendiri). sup daging dia giler pekat dan daging banyak serta lembut bila dikunyah. sesuai untuk perut yang mudah meragam seperti aku nih haa.. ramai berhenti dan makan kat kedai nenek nih. kalau takmau bihun, order jer sup daging dengan nasi kosong. atau nasi goreng ayam. kedai nenek nih spesel sket, pasal kedai dia hanya buat bihun sup, nasi kosong dengan nasi goreng ayam. nak lain2 menu sila cari kedai lain. sebab alasan nenek sangat logik "nenek dah tua, tak larat nak masak banyak2.." weeee~


.

jkm: sarapan dengan 3 ketol ayam kepsi, dibawa terus oleh rakan sekerja yg beradik-iparkan pnyelia kepsi tesco. hoh.

3 comments:

tasekM said...

ada 1 kedai runcit kat ttu ni kan.
aku panggil kedai sumbang mahram.
sbb.
tokey dia laki bini muka gila sama.
macam adik beradik.
aku panggil la sumbang mahram.

yg sedapnya.
habis semua adik ipar aku.
biras aku.
panggil sumbang mahram gak.

ha ha.





.

||alis|| said...

mana itu kedai? jangan cakap ranjini, haha!

gadisBunga™ said...

kedai bawah pokok jambu kat kg pinang taiping punya mee hailam terbaik wok!!!