Nuffnang

Wednesday, August 17, 2011

demam terkejut

Khamis. Balik kerja biasanya bulan puasa nih 4.30petang. penulis melirik jam, asar dalam 4.45petang. on the way balik rumah, penulis mahu singgah bank di Bandar untuk urusan tak rasmi. Mahu asar di rumah, which pukul 5.45petang, atau tunggu di surau sehingga 4.45petang, solat di surau kemudian pergi ke bank di Bandar, atau kemana mana saja. Sebab asar sudah langsai.

Sudahnya, penulis menunggu hingga 4.45petang langsung asar di surau opis. Done. Kenapa perlu ada serba salah sedangkan solat awal waktu disunatkan, ntah, penulis tak tau kenapa penulis perlu ada sifat berbolak balik itu. Selesai urusan di bank Bandar, penulis terus menghala balik ke rumah. Dan kemudian, mimpi ngeri bermula.
Penulis hampir menyaksikan sebuah eksiden depan mata. Hampir. Bukan telah. Perhatikan betol2.

Mulanya penulis pelik, kenapa 5-6 biji kenderaan berhenti di jalan bertentangan. Nak kata roadblock, kon oren yang selalu menakutkan penulis dan boleh jadi punca gabra semasa memandu, tiada. Jadi apa? Kenapa?

Dalam pada berteka-teki, sedar2 penulis berada disebelah mangsa eksiden tersebut! Penulis boleh tak perasan depan mangsa merupakan sebiji motor yang hancur teruk didepan. Kemudian tak jauh dari mangsa yang dalam keadaan tertiarap (dan bersih tanpa darah), mata penulis segera menangkap sebuah ‘objek’.. mashaAllah! Tangan mangsa, terputus dari bahagian nadi! Sama ada penulis tak melihat dengan betol, atau kanchong, tapak tangan yg putus itu juga tidak berdarah. Minda penulis menyatakan itu bukan tapak tangan, itu pouch bag mangsa, bukan tangan, bukan tangan!

Dalam keadaan denial, tiba2 penulis menangis *melalak sebenarnya. Tak tau kenapa. Terperanjat, ya. Sedih, sikit. Terfikir siapa mangsa, mungkin ayah yg sedang membeli juadah berbuka untuk keluarga di rumah. Dan keluarga masih menanti juadahnya.

Masa kemalangan berlaku, penulis baru berada kira2 tak sampai 10saat berdasarkan van yang melanggar baru henda ke bahu jalan. Riak muka pemandu van tersebut amat terkejut, dan kereta yang berada di depan motor itu terjerit2 menyuruh siapa yang berkenaan menahan pemandu van tersebut, dikhuatiri akan melarikan diri barangkali.
Sampai rumah, penulis masih loya dan blur, 2 tanda utama apabila dalam situasi terkejut. Biasanya penulis akan minum air yassin yang sentiasa ada dalam rumah untuk memulihkan semangat. Tapi bila puasa, terpaksa menahan saja sambil duduk dengan lutut rapat ke dada, hampir 15min di satu sudut dalam rumah yang tak pernah jadi tempat penulis bersandar.

Esoknya, jumaat dan sabtu, penulis demam. Kerana untuk minggu itu saja, penulis menjadi saksi kepada 2 kemalangan ngeri.

Dalam demam2, penulis masih gigihkan diri untuk naik bas bertemu anak sedara berusia 11bulan, yang hampir 2 bulan tidak berjumpa. Nak sangat tengok dia jalan terkedek2 tuh sangat.

Huh.

*sangat rasmi plak menggunakan perkataan "penulis"*

8 comments:

Ms.Lilies said...

Ko ada cite dgn mak ko x lis?

||alis|| said...

ada kak, siap balik2 jer dia tengah masak kat dapur ku terus peluk dia... "apsal badan ketar nih" dia tanya. ku jawab, "takde apa, jumpa eksiden jer tadi"

haha!

tasekM said...

aku rasa nk siku perut plak baca penulis... penulis ni lis...

:p



.

||alis|| said...

kaktas
alaaaa, siku la tempat lain ;D

mr edz said...

lemah semangat rupanya...

||alis|| said...

mr edz
ha'ar, memang pon.. huhu~

marinahunny said...

seram kan, walau hanya melihat tp tetap trauma..

||alis|| said...

marina
yup2 ;(