Nuffnang

Friday, April 25, 2014

memori kerjaan lama aku :)

aku mula sokong tentang belilah barangan buatan muslim melayu ni bila aku sendiri masuk dalam line hasilan bumiputera. ye la betul la kata orang2 tua, TAK KENAL MAKA TAK CINTA.

kilang yg pernah aku kerja dulu ialah kilang roti canai yang rotinya untuk pasaran M*S (org business class je dapat roti tuh, tapi ada jual di giant dan ayamas, sila try roti putar chip chocolate nya, mabeles). kilang tuh sehari dicuci 2 kali dimop 2 kali. ya, DUA KALI SEHARI I TELL YOU. dengan air panas sebulan sekali.

waktu team audit M*S datang2 je kilang time audit, agak2 mana diorg sentuh dulu? bukan di meja tebar, bukan di lantai, bukan di mesin.. bukan sentuh pekerja gak haha.. mereka sentuh di... ahaaaa.. adalah, hahaha! memang tak sangka tau mana nya team tuh sentuh dulu, 1st time audit kilang dulu memang lady boss aku sendiri kata dia terkejut gila, haha!

harga denda jika sehelai rambut/particle asing dijumpai dalam sebijik roti putar? ahaaaa.. rm300.00 utk kali pertama, dan kontrak kena revise balik. huhu.. masa nilah baru kita rasa keje bukak kilang buat roti canai dan menebar bukan kerja cincai2 atau sambil lewa. aku handle dept halal dan 4x seminggu aku turun untuk menebar/ajar staff baru.

kilang bumiputera area aku best gak.

kilang sebelah aku ialah kilang kek lapis yang pasarannya masuk Dubai. harga tak mahal. rasa sedap.

kilang depan kami hasilkan gula Melaka yang ibu ku suka sebab gula yang dijualnya tidak palsu (tak masuk gula putih untuk manis), tidak kotor, dan wangi.

kilang setapak dua dari itu barulah jumpa kilang dari Japan, itunya, kilang mayonis. kualiti bagus juga.

6 comments:

t.a.t.a said...

Wah! Bestnya alis kerja kat situ. Ada open lagi tak?

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

duduk dekat dengan kilang nie senang.. dapat beli brg murah sikit.. betul ke ek??

||alis|| said...

cikta

kerjaan lama aku tu cikta. uli roti canai. haaa skrg aku keje ngan pakcik. hehehe

||alis|| said...

kak iina

tgk pengilang kak. tp selalunya dpat. sbb hubungan baik sesama pengilang n staff kan. kdg dpt hrga staff. kadang dpt diskaun. oklah tu kan.. dri harga pasaran kdg beza rm2.. hehe

gadisBunga™ said...

patut la awok pandai buat roti....

||alis|| said...

gB
hi awk ;) roti canai dan roti2 sewaktu dengannya bahan2 lebih kurang sama. rehat pon lebih kurang sama. end prodduck je berbeza.

buat roti mudah tapi ambil masa sket (rehat doh je 40min x 2) heh.